>Lebaran 2010

>

The Yusoffs Lebaran 2010, originally uploaded by hairieusoff.

1. Tahun ini, tahun 2010 merupakan Lebaran buat pertama kalinya saya menyambutnya dengan keluarga tercinta setelah 3 tahun tidak menjengah ke kampung kerana berada di Bumi Samurai.

2. Tahun ini juga sambutannya agak meriah kerana semua anaknya pulang beraya dengan kehadiran menantu yang baru.

3. Tahun ini juga, cucu kelahiran tanah Sakura bertandang memecah hening suasana.

4. Tahun ini juga merupakan Lebaran sebelum kedua ibu bapa saya menunaikan Rukun Islam kelima.

5. Ia sungguh mengharukan khususnya saya yang mendapat amanat daripada ayahanda saya semasa saya bersalam dengannya untuk memeohon maaf di pagi raya.

6. Selaku anak yang tua, saya diberi tanggung jawab khusus menjaga adik beradik saya. Walaupun itu sememangnya tugas saya, tetapi amanat ini bagai arahan khusus buat saya. Hati saya berbaur sedih dan sayu.

7. Lebaran ini, Lebaran penemuan kami sekeluarga. Tahun depan apakan ada ruang semeriah ini untuk dinikmati.

8. Waktu dan masa malah hanya kudrat Allah sahaja yang mampu menentukan.

2 thoughts on “>Lebaran 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s