>Pernah aku di sini…

>

Used to Live here…, originally uploaded by hairieusoff.

Pada hari sebelum berpuasa, tempat jagaan anak saya memaklumkan notis mengambil anak dengan lebih cepat daripada biasa iaitu jam 6 petang. Sebelum ini, saya boleh mengambil anak sehingga jam 8 malam. Maka saya mempunyai sedikit cabaran untuk pulang lebih awal kerana saya akan keluar pejabat untuk waktu bekerja WP3 iaitu jam 5.30 petang.

Saya cuba mengubah waktu kepada WP2 (Jam 5.00 petang) tetapi tidak dibenarkan pentabiran kerana sudah pertengahan bulan. Jadi saya terpaksa meminta adik saya mengambil anak-anak saya.

Beginilah jika tempat kerja jauh. Ada kesenangan tertentu tetapi ada juga perkara kita perlu korbankan. Mungkin saya mempunyai rumah sendiri dan tidak mendiami kuartes dan boleh hidup selesa tanpa memikirkan apa yang berlaku jika saya terpaksa keluar dari kuartes namun, saya perlu menghadapi saban hari waktu perjalnan yang panjang.

Saya teringat semasa saya di Kuala Selangor dahulu. Bapa saya berkeja di Klinik Kesihatan Kuala Selangor dan saya tinggal di Kuartes Tanjung Keramat. Saban hari melalui perjalanan tanpa kerisauan terhadap erti kesesakan. Manakala sekolah saya nun berdekatan dengan rumah.

Alangkah saya rindu untuk menempuk waktu sebegitu. Waktu berubah dan akhirnya manusia seperti saya perlu mengadaptasinya. Justeru, kadang kala kita tidak boleh membandingkan yang dahulu dengan sekarang tetapi kita masih boleh menjadikan yang dahulu sebagai panduan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s