>Bon Odori Shah Alam 2010

>

Bon Odori, originally uploaded by hairieusoff.

Musim Panas di Jepun pastinya waktu pelbagai festival. Pada ketika ini lazimnya Hanabi Taikai (Pertunjukan Bunga Api) kerap diadakan.

Ketika Musim Panas juga, diadakan sambutan Obon iaitu waktu-waktu orang Jepun memperingati arwah (boleh guna ke?) nenek moyang mereka.

Salah satu upacara itu ialah dengan mengadakan Bon Odori. Jika hendak diterjemah secara bulat mungkin ia bererti tari memperingati Nenek Moyang atau lebih jelas ia bermaksud sambutan secara kebudayaan bagi memperingati Roh Nenek Moyang.

Di Shah Alam pada setiap tahun, sambutan yang sama dibuat oleh warga Jepun di Malaysia. Pada tahun ini, ia dijalankan seperti tahun sebelumnya tanpa promosi tetapi masih tetap ramai. Menurut berita NHK, serama 30,000 orang berkunjung kesana, termasuk saya sekeluargašŸ˜‰.

Kali pertama saya pergi ke sana sewaktu saya dan isteri membuat temujanji. ketika itu kami belum lagi diijabkabul lagi. Suasananya lebih santai dan tidak ramai orang. Kali ini, saya hadir dengan anak dan saya amat terkejut melihat manusia-manusia yang hadir.

Anak saya Adia sangat teruja dengan Yukatanya. bagai kenangan mengusik jiwa bila melihatkan susana yang dilaluinya 3 tahun lepas. Arisa pula bagai tidak lemas Udon yang kami beli kerana hampir setiap minggu semasa kami di Jepun, Arisa menjamah Udon Hanamaru.

Teringat juga saya keghairahan Adia semasa di Disney SEA apabila Bon Orori ini disuaikan dengan bentuk moden. Persembahan tersebut dipanggil Bon Fire dan lazim dijadikan acara di Disney SEA untuk musim Panas.

Bon Odori juga membuatkan saya mengimbau dua situasi. Satu kenangan sebelum saya menikah dan waktu saya date pertama kali dengan isteri. Keduanya, mengibau kembali kenangan tiga tahun lalu bila di kiri kanan saya manusia hanya bertutur bahasa Jepun.

Momen ini membuatkan saya mahu ke Jepun semula tetapi yang pasti hanya untuk bersantai dan bukannya untuk meneruskan pengajian. Itu di benak saya dan saya tersenyum sendirian dengan pemikiran saya itu.

Bon Odori sebenarnya pukan hanya ruang menari tetapi yang lebih penting kita mengingati keturunan kita dan kelangsungan generasi kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s