>Yang Putih

>

sang angsa putih, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa saya membawa Adia dan Arisa menaiki bot di Mines, saya membekalkan mereka dengan makanan untuk ikan-ikan koi dan angsa.

Semasa di tengah tasik, kami didatangi beberapa ekor angsa yang putih warnanya. Bersih. Ia mengingatkan saya beberapa kata.

Anak itu ibarat kain putih.

Tak kurang juga saya mengingatkan lirik lagu Kelabu nyanyian Adibah Noor. Katanya,

Putih lambang kasih suci
Jernih datang dari hati
Merah semarak asmara
Hijau cemburu tandanya
Biru romantika bahagia….

Lantas saya juga terfikir semasa saya ingin membeli kereta, saya pastikan tidak mahu kereta yang berwarna putih kerana ia cepat kotor.

Namun saya terlihat, Sang Angsa yang putih bulunya itu, ia tetap bersih walaupun putih. Saya percaya apa juga warna khususnya putih, jika dijaga dengan baik, ia akan tetap kelihatan bersih.

Seperti juga anak yang diibaratkan kain putih, akan tetap putih bersih jika dijaga dengan sempurna. Cuma kita perlu tahu mengambilkira kaedah pelaksanaannya mengikut suasana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s