>Hari Perkahwinan Adik Saya

>

We n Pengantin, originally uploaded by hairieusoff.

Sejak pulang ke tanahair, saya memang sibuk. Menguruskan pelbagai perkara.

Salah satu daripadanya ialah mengeruskan juga majlis perkahwinan adik perempuan saya. Dia sanggup menunggu saya pulang untuk kendurinya.

Tahniah dari abangmu. Semoga kekal ke anak cucu. Tiada apa-apa sangat hendak ditolong, cuma sekadar termampu.

Saya suka melihat Adia, dia bagai teruja melalui pengalaman berkenduri. Semasa dia di Malaysia dulu, agak kecil dan kini sudah mula mengerti hal kenduri kendara dan ramainya saudara mara yang menjadi teman dan bermain.

Saya menyaksikan juga Abah saya menikahkan menantunya dan melihat juga dia menitiskan air mata selepas itu. Anaknya sudah diberikan penjagaan kepada orang lain. Mungkin itu penyebab air matanya yang jatuh lantas disambut deraian air mata ibu saya.

Selamat pengantin Baru. Ia membuatkan saya mengimbau kenangan hampir 6 tahun lalu.

2 thoughts on “>Hari Perkahwinan Adik Saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s