>Wang Terbang

>

DSC09684, originally uploaded by LelaMajnun.

Hari ini saya buat pembayaran kompaun/saman JPJ. Saman tersebut dikeluarkan kerana saya tidak memakai tali pinggang keledar.

Saya akur.

Pada hari saya disaman, merupakan hari kedua saya bekerja di Cyberjaya. Saya memang arif sangat jika di Jepun, pemakaian tali pinggang keledar perlu dipatuhi, baik pemandu mahupun penumpang.

Malah saya mematuhi cara itu sehingga di Malaysia. Pun begitu, pada hari kejadian, saya perlu pulang segera dan saya terlupa memakai tali pinggang keledar tetapi dalam perjalanan saya sempat mengenakan tali pinggang semasa berhenti di lampu isyarat.

Semasa ditahan, saya dikatakan tidak memaki tali pinggang keledar dan kata pegawai itu, mereka mempunyai pegawai yang menyamar untuk memerhatikan kesalahan-kesalahan trafik.

Saya akur. Saya terima sahaja surat “cinta” mereka.

Selepas menerima surat itu. Di dalam kereta saya meyumpah-nyumpah mereka. Pun begitu saya kembali sedar. Mereka menjalankan tugas mereka sama seperti saya.

Saya bertanya pada diri, kenapa Allah memberikan kejadian ini kepada saya? Saya mendapat jawapannya dengan tiba-tiba di dalam hati. Mungkin ada pendapatan saya yang menjadi hak milik orang lain. Mungkin semua yang saya miliki dari biasiswa di Jepun, perlu dipulangkan sedikit pada yang hak.

Saya akur jawapan itu. Biarpun wang saya terbang tetapi saya pasti Allah membenarkan ia berlaku kerana sesuatu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s