>Tag Hanny (Kekalutan Sebelum Balik di Malaysia)

>

JAL Catering, originally uploaded by hairieusoff.

1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.

2) Select the 8th photo in that folder.

3) Post that photo along with the story behind it.

4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Gambar ini ialah gambar semasa HE sekeluarga nak balik ke Malaysia. Memang banyak cerita semasa kami nak balik ke Malaysia. Suatu hari yang sangat kelam kabut.

Gambar ini dirakamkan sewaktu pagi kira-kira jam 8 pagi di dalam bas yang membawa kami dari rest house berdekatan dengan Lapangan Terbang Narita ke Bangunan Terminal 2.

Ia merupakan rakaman gambar lori anak syarikat JAL (Syarikat Penerbangan Jepun) iaitu syarikat TFK yang mana ia adalah syarikat yang membekalkan perkhidmatan katering di dalam kapal terbang.

~~~~~~~

Sehari sebelum kami balik, suasananya memang kelam kabut. Memenatkan dan meletihkan.

Pada 30 haribulan Mac itu, Isteri sudah mengemas barang dan nampaknya ada berkotak-kotak juga perlu di bawa ke Lapangan Terbang. Hendak dihantar dengan Kuroneko (syarikat penghantaran) ke Lapangan Terbang memerlukan 2 hari.

Pada hari itu juga teman Vietnam saya, meminta saya memandu kereta untuk mengangkat barang ke rumah kohai (junior) mereka. Saya sangka kereta tetapi lori. Saya sangka sekali perjalanan rupanya 2-3 kali perjalanan kerana hampir satu rumah hendak dipindahkannya.

Dengan Budak Vietnam, originally uploaded by hairieusoff

Pelan saya dan isteri bolehlah kami ke airport rest house segera dengan kereta. Memandangkan saya balik lambat kerana menolong budak Vietnam itu, dan kemudiannya menyelesaikan pemberhentian telefon bimbit saya yang memakan masa 2 jam, maka urusan mencari kereta untuk membawa barang dan anak isteri ke Airport rest house menjadi lambat.

Cari punya cari kereta semuanya tiada perkhidmatan sewa kereta yang boleh ditinggalkan di Lapangan Terbang. Akhirnya kami bersetuju mendapatkan kereta dan dipulangkan semula ke kedai selewat-lewatnya jam 5 pagi.

Malam itu kira-kira jam 12 tengah malam baru kami bertolak ke Narita untuk ke Rest House. Tambahan pula apabila sampai di kawasan lapangan Terbang, kami tersesat pula. Kejadian itu buatkan saya sangat kalut kerana dari tempat sewa kereta ke Narita memerlukan perjalanan sekitar 2 jam, dan saya perlu hantar semula ke kedai memerlukan perjalanan 2 jam lagi.

Saya bagai memecut untuk sampai ke rest house dan setelah semua barang diletakkan di bilik, saya memandu pulang untuk menghantar kereta. Saya perlu sampai ke Yamato, iaitu bandar di mana kereta itu saya pulangkan dan dengan segera saya perlu menaiki keretapi awal pagi ke Yokohama. Di Yokohama pula saya perlu mendapatkan ekspress terawal untuk ke Lapangan Terbang Narita.

Alhamdulillah, saya berjaya menempuh semua itu dan sampai ke Narita dan terus ke rest house untuk mengambil anak dan isteri dan membawa barang-barang ke Terminal 2 dengan bas yang disediakan pihak rest house. Semasa perjalanan ke Terminal 2 itu, saya merakamkan gambar lori TFK itu.

One thought on “>Tag Hanny (Kekalutan Sebelum Balik di Malaysia)

  1. >Stress tu di pagi nak pulang ke tanah air. Apa pun, dah selamat pulang. :)Yg si kecik tu belum naik kapal terbang dah terlentok dah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s