>Sayonara Sakura

>

IMG_4540, originally uploaded by hairieusoff.

Saya masih berkesempatan menatap Sakura buat kali terakhir barangkali, memandangkan saya pulang sehingga tamat tempoh visa saya pada 31 Mac 2010 sebagai pelajar.

Sebelum saya melambai sayonara pada tanah samurai ini, saya diberikan peluang untuk mengecapi aroma dan warna-warna putih kelopak Sakura.

Entahkan bila akan bersua lagi? Hanya Tuhan yang bisa mengungkapkan jawapannya.

Di taman Ueno, manusia-manusia bagai semut berlegar di bawah pokok Sakura untuk 花見 (dibaca Hanami: bermaksud melihat bunga).

IMG_4540, originally uploaded by hairieusoff.

Saya dan keluarga hanya mampu melihat gelagat orang Jepun bagai mendapat lesen kemabukan dan membuat apa sahaja di luar pemikiran manusia.

Suasana sesak dan manusia menguit-nguit seperti ulat itu tidak memungkinkan saya untuk berhanami. Cukup sekadar merentasi laluan Sakura dan pulang sahaja ke rumah.

Ini Hanami kali terakhir saya. Sedih dan gembira berbaur. Sayonara Sakura.

2 thoughts on “>Sayonara Sakura

  1. >Tahniah! Selamat pulang sahabatku.Setinggi mana bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua. Sejauh mana kaki kita melangkah, ke kampung halaman jua kembalinya kita. Sepeti bangau jua, kembalinya dengan tembolok yang penuh berisi. Begitu jugalah di dada kita ilmu penuh terisi.Ku panjatkan doa semoga selamat di perjalanan. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s