>Tiada Lagi Analog

>

No Mo Analogue, originally uploaded by hairieusoff.

TV di rumah HE sekarang merupakan TV analog. Di TV ada tertera peringatan agar pengguna menukar TV mereka kepada TV yang mempunyai penerima trasmisi digital.

Di Jepun semua transmisi secara analog akan dihentikan pada 24 julai 2011. Selepas tarikh itu semua transmisi adalah di didalam bentuk digital.

Malah sekarang sesiapa yang sudah mempunyai TV dengan penerima trnasmisi digital, sudah boleh menerima siaran. Lazimnya indikator penerimaan transmisi digital ialah terteranya logo syarikat penyiaran televisyen manakala bagi TV bertransmisi analaog, logo akan digantikan dengan tulisan tertera “Analog”.

Peringatan demi peringatan tentang keperluan pengantian TV telah dijalankan pihak kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Dan dijangka galakan itu akan terus dilakukan pada tahun ini dan tahun depan.

Di Malaysia, transmisi keseluruhan penyiaran kepada digital dijangka akan dilaksnakan pada tahun 2015. Sepatutnya sekarang syarikat yang bertanggungjawab telah dianugerahkan oleh Suruhanjaya Multimedia untuk pelaksanaan projek ini. Dan mungkin tidak lama lagi saya juga perlu mendapatkan pael LCD saya untuk menikmati gambar secara terperinci hasil transmisi digital siaran TV di Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s