>Haagen-Dazs Jepun

>

Haagen-Dazs Japan, originally uploaded by hairieusoff.

Saya memang suka makan ais krim. Kalau di kampung-kampung ada ais krim roti. Bun yang diisi dengan ais krim dua scoop.

Itu cerita dulu. Sekarang, banyak kedai ais krim berjenama antarabangsa. Di Malaysia, semasa bujang, saya suka membeli ais krim Baskin-Robbins dan juga Häagen-Dazs. Selepas meninggalkan zaman bujang pun saya suka membeli ais krim. Tambahan pula anak-anak juga suka ais krim, maka bapa juga sama naik dengan keinginan anak.

Di Jepun, Häagen-Dazs khususnya kerap keluar dengan pelbagai rasa. Pastinya ia tampil dengan perisa di pasaran negara Matahari Terbit ini.

Ada perisa Macha (teh hijau Jepun), Azuki Milk (Azuki ialah sejenis kacang merah Jepun), English Milk Tea (Di Jepun, Teh Susu Petang atau dipanggil Gogocha sangat popular) dan pelbagai perisa lain.

Baru-baru ini ada beberapa perisa baru keluar di pasaran. Saya, isteri dan anak-anak sungguh teruja untuk merasainya. Dua perisa baru itu ialah Cookies & Sasame Cream (keluar pada 22 Februari 2010) dan Honey Milk (keluar pada 8 Mac 2010).

Baru sebentar tadi saya dan keluarga merasainya. Puas. Alhamdulillah.

One thought on “>Haagen-Dazs Jepun

  1. >Eee…ais krim, sa first makan Haagen dasz kt jupun ari tu..bukan tak teringin nk beli, tp kemut..he he he..tp since abe ery yg beli ari tu, sa dgn tnp segan silu memakannye. bnyk jugak bnd yg sa tak penah buat kt mesia tp sa buat dlm short visit ari tu..huhuhuuuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s