>

IMG_4421, originally uploaded by hairieusoff.

Di tepi-tepi jalanan sudah ada pokok mengeluarkan kuntuman putih. Bunga Magnolia.

Semalam, saya menyelesaikan beberapa perkara di Pejabat Dewan Bandaraya, dan langsung saja ke bangunan kelas Bahasa Inggeris Adia. Sekadar berjumpa guru-guru Adia dan menjumpakan Adia dengan teman sekelasnya.

Adia memberikan hadiah kepada gurunya dan buah tangan untuk teman. Walaupun Adia sepatutnya sudah tamat kelas tetapi gurunua membenarkan dia masuk buat kali terakhir.

Walaupun pada saat perpisahan, mereka tetap ceria. Masih belum mengerti erti perpisahan.

“Jumpa lagi ya, nanti jumpa lagi” Tapi di hati bagai jumpa setiap minggu di kelas, padahal entah bila akan bersua.

Bagai putik kelopak Magnolia yang putih, masih bersih dan mereka tidak mengerti apa-apa. Adia dan temannya akan hanya mengerti kala mereka mengingati kenangan ini apabila besar nanti.