>Clover

>

Clover, originally uploaded by hairieusoff.

Clover ialah pokok berdaun lazimnya dengan tiga kelopak jarang diendahkan kita. DI Malaysia namanya ialah Semanggi. Tentu sebahagian kita tidak tahu namanya Semanggi.

Teman saya gemar mencari Semanggi di tepian jalan, tetapi dia mencari Semanggi yang mempunyai empat kelopak. Katanya jika terjumpa Semanggi dengan empat kelopak bererti memberi tuah. Rupanya dia kerap mencari tuah buat dirinya.šŸ˜‰

Semasa saya melakukan persembahan tesis untuk pertengahan semester lalu dia memberikan saya sekuntum Semanggi dengan empat kelopak. Katanya, semoga usaha saya untuk persembahan itu akan berjaya.

Saya senyum selebar empat kelopak Semanggi. Hari ini saya sudah hampir tamat pengajian saya. Saya kembalikan Semanggi empat kelopak kepada teman saya dan dia senyum juga dengan lebar kelopak Semanggi. Kata dia, ambil terus untuk memanjangkan tuah kepada saya.

Kata saya kepada dia, tidak apa kerana saya sudah punya Semanggi dengan 10 kelopak. Dia hanya senyum tetapi tidak bertanya di mana saya mendapatkannya. Mungkin dia menyangka saya berjenaka.

Di hati saya, sepanjang waktu ini Semanggi 10 kelopak sentiasa tertadah memohon kurniaan daripadaNya. Telapak tangan dengan 10 jari ini, moga-moga akan kekal merendah diri dan tidak lupa diri umpama kelopak-kelopak Semanggi yang tumbuh di tanah yang terus menadah cahaya sang mentari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s