>Gunting Rambut

>

Selepas Jumaat di Masjid Ebina, saya pulang dan berhenti di pertengahan jalan untuk menggunting rambut. Panjang sudah rambut saya. Dalam hati berlegar menuju tanahair, akal berkata, masanya memotong rambut kerana sudah hampir untuk bekerja.

Dari stesyen Ebina ke rumah saya di stesyen Seya, saya berhenti di stesyen Yamato. Di situ (di platfom) ada kedai gunting rambut QB House. Tidak perlu keluar dari stesyen, di platform sahaja bisa memotong rambut.

QB mengambil kata Quick Beauty merupakan kedai gunting berkonsepkan pemotongan rambut secara cepat. Mereka menjanjikan 10 minit untuk memotong rambut.

Hanya dengan memasukkan duit ke dalam vending machine sebanyak 1000 yen dan nombor giliran akan keluar. Apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah menunggu giliran dan selepas itu, apabila dipanggil, mereka akan memotong rambut anda.

Hari ini saya biarkan mereka untuk potong sebagaimana yang mereka rasa sesuai dengan wajah saya.

Bila saya lihat hasilnya, seperti saya kembali di zaman 80an. Rasanya seperti melihat kumpulan Pop Johnny Hates Jazz pula. Teringat zaman muda-muda dengan kegilaan “seluar Diskang“. Ingat tak “term” seluar Diskang? Seluar potongan Carrot. Macam MC Hammer sedikit. Saya senyum sendiran dan pulang semula ke rumah.

Sesampainya di rumah, Adia bagai teruja dengan “wajah” baru saya. Dia kata “papa hemsem”. Tanpa lengah dia mencapai DS (Nintendo DS) dan merakam gambar saya dan memuat naik ke laman sosial facebook. Saya tersipu-sipu malu.😉

One thought on “>Gunting Rambut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s