>

1. Apakah Khatulistiwa atau negara sekitarnya akan menjanegara-negara berhawa dingin seperti yang berada di Hemisfera Utara dan Selatan. Atau adakah ia lebih hebat lagi menjadi seperti kutub Utara dan Selatan?

2. Saya bertanya soalan ini sejak menonton filem-filem seperti The Day After Tomorrow dan juga filem 2012. Perubahan terhadap pergerakan bumi dan juga mungkin perubahan terhadap cuaca bakal mencorakkan iklim dunia yang baru.

3. Dalam kebanyakan filem ini, meeka menyatakan equator atau Khatulistiwa bakal menjadi zon yang sejuk. Mungkin di dalam filem mereka akan berlebihan dalam penceritaan. Kejadian perubahan suhu berlaku secara ekstrem. Pun begitu, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa perubahan suhu di Khatulistiwa akan berlaku juga biarpun perlahan-lahan.

4. Beberapa artikel dengan bukti kukuh menunjukkan bumi mengalami perubahan cuaca sejak zaman pra-sejarah. Paleoclimetology atau kajian dalam bidang perubahan cuaca sejak zaman ais sehingga kini menunjukkan wujudnya perubahan terhadap lapisan-lapisan batuan akibat perubahan cuaca.

5. Kejadian iklim dunia sangat berkait rapat dengan polar siang malam dan akibat kedudukan paksi bumi. Kita di Malaysia mungkin akan hanya merasa panas sepanjang tahun kerana berada dalam jalur Khatulistiwa. Persoalan akan timbul jika kecondongan paksi bumi akan menyebabkan perubahan jalur Khatulistiwa dan negara kita akan menjadi negara berhawa sederhana dan mengalami 4 musim?

6. Kejadian gempa Chile baru-baru ini telah dimaklumkan saintis telah menyebabkan perubahan pada paksi bumi dan juteru telah memendekkan durasi hari sebanyak 1.26 millisaat.

7. Dengan jangkaan lebih banyak gegaran bakal berlaku dan dengan itu lebih banyak perubahan pergerakan muka bumi dan mungkin juga paksi bumi, mungkinkah suatu hari nanti, kita akan perlu bersedia dengan baju-baju mengikut musim?