>

Hina Matsuri Ice cream, originally uploaded by hairieusoff.

1. Apa itu 雛祭り (dibaca: Hina Matsuri)? Menurut pemahaman saya, ia adalah sebuah hari iaitu pada tanggal 3 Mac setiap tahun bila mana anggota wanita sesebuah keluarga di Jepun akan mendoakan kesejahteraan anak perempuan mereka.

2. Hina Matsuri atau Festival Gadis atau Festival Anak Patung lazimnya hadir dengan imej anak patung dia atas platform yang berwarna merah dan dihias indah bersama kuntuman Sakura. Ia menjadi hiasan di dalam rumah orang-orang Jepun semasa sambutan festival ini.

3. Hari ini, asalnya ingin berjalan jauh tetapi akhirnya membuat keputusan duduk di rumah dan berkemas. Pun begitu, petangnya, bawa Adia dan Arisa (anak gadisku) ke kompleks membeli-belah berdekatan.

4. Merasai aiskrim dengan dekorasi khusus untuk Hina Matsuri. Asalnya untuk Adia tetapi akhirnya jadi habuan Papanya.😉