>Terasa

>Semalam:

Bersembang dengan ibu dan bapa lewat YM (Yahoo Messenger). Bersama Adia juga. Adia sambil itu bermain dengan misai dan janggutku.

Kata Adia. Dia girl. Dia tak ada “bulu”. Papa boy (boy lagi kah?). Papa ada bulu di mulut.

Kami berseloroh dengan Adia. Kami kata kami nampak “bulu” di mulutnya. Adia menafi-nafikan dengan manja.

Beberapa hari lalu:

Aku bercukur misai. Adia bertanya, apa yang sedang aku lakukan.

Aku tunjukkan dia pisau cukur dan aku tunjukkan cara bercukur. Adia perhatikan sahaja.

Hari ini:

Isteri memberitahu: Adia mencukur bulu. Aku terkejut. Ah! kenapa pula anak dara aku bercukur. Dia tiada misai pun.

Rupanya Adia sangat terasa malam tadi kala aku dan ibu bapa ku berseloroh dengan dia. Oleh kerana dia tidak mahu bulu di mulutnya, hari ini Adia bercukur sebagaimana aku tunjukkan kepada dia beberapa hari lepas lantaran seloroh kami semalam.

4 thoughts on “>Terasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s