>Baca jangan tak baca

>

1. Ke コンビニ (dibaca: konbini atau kedai serbaneka/convenient store) untuk bayaran bil-bil.

2. Selalunya kombini ini sangat memudahkan dan bersesuaian dengan namanya. Ia bagai pusat sehenti perkhidmatan. Ada bayaran bil air, elektrik, telefon dan sebagainya. Selain makanan dan kelengkapan harian, sudah tentu ia juga tempat menjual buku.

3. Lazimnya di Jepun tempat menjual buku merupakan tempat membaca secara terbuka. Boleh dikatakan ia juga tempat membaca secara percuma.

4. Jika di Malaysia, pastinya Mamak kedai buku di tepi-tepi jalan akan tulis “No free reading” di depan kedai mereka.

5. Di sini (Jepun), jika hendak baca, silakan. Cuma, jika ada buku yang disertakan barangan atau hadiah, buku itu akan dikedap dengan pembalut dan ia tidak boleh dibaca dengan percuma melainkan hanya dibeli sahaja.

6. Budaya membenarkan untuk membaca secara percuma ini memang sebati dengan masyarakat Jepun. Ini kerana orang Jepun diketahui mempunyai sifat menghargai sesuatu dengan ekstrim. Jika mereka sayang sesuatu, mereka akan membelinya. Sekiranya mereka tidak suka mereka akan membencinya dengan ekstrim juga. Tetapi mereka ada tempat untuk menjual buku tersebut seperti kedai barangan terpakai seperti Book Off.

7.  Pernah menonton rancangan TV di Jepun, apabila seorang artis ke New York dan ingin membaca surat khabar secara percuma di sana tetapi dimarahi pekedai dan artis ini seperti kejutan budaya.

8. Berbalik pada Kombini. Walaupun pun ada ruang buku di konbini, sesuatu yang agak kurang menarik ialah kerana akses pelbagai jenis buku mudah diperolehi termasuk buku berunsurkan erotik.

9.  Di sini, oleh kerana masyarakat Jepun yang sangat menekankan konsep “Customer is always right“, para peniaga mungkin mengiakan sahaja sebarang perilaku pelanggannya.

10.  Orang Jepun perlu dicontohi akan sikap mereka yang menekankan kesempurnaan dan kepuasan pelanggan. Malah kita juga perlu mencontohi sikap mereka untuk menggalakkan masyarakat kita membaca di kedai-kedai atau di mana-mana sahaja. Pun begitu, bak kata orang dalam setandan pisang tidak semuanya elok. Jadi perilaku ini perlu juga diselia berteraskan moral dan berpegang pada kebebasan secara terkawal.

2 thoughts on “>Baca jangan tak baca

  1. >betul, kalau kat malaysia, mesti ada no free reading please sign…tapi kalau di kedai2 buku pula, terus rasa macam library sebab senyap sunyi je kedai tu.😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s