>Buffet Sushi

>

Salmon and Tuna, originally uploaded by hairieusoff.

1. HE, isteri dan anak-anak suka sushi. Kali pertama makan sushi apabila diperkenalkan isteri (ketika itu bakal isteri), memang hendak muntah, tetapi lama-kelamaan, OK.

2. HE dikenalkan dengan sebuah kedai sushi bernama Sushitama dari teman (Kak Cik) dari Tokyo. Dia ke cawangan Shinjuku dan HE pergi cawangan Yokohama.Kedai ini menyediakan buffet sushi.

3. Lazimanya bila bercakap tentang buffet, selalunya makanan sudah tersedia dan kita boleh ambil berapa banyak makanan pun.

Salmon and ikura, originally uploaded by hairieusoff.

4. Buffet di sini, kita perlu pesan sushi yang hendak dimakan dan perlu dihabiskan. Jika tidak perlu dibayar sushi yang tidak dimakan walaupun sudah membayar harga buffet. Ia bagus untuk mengelak pembaziran.

5. Seperkara lagi, harga yang dibayar untuk orang dewasa, sushinya tidak boleh dikongsi dengan kanak-kanak. Jika di Malaysia, HE tidak tahu sama ada kita akan menurut peraturan ini, tetapi di Jepun, ya! mereka mematuhinya.

6. Pilihan memang tidak banyak berbanding kedai sushi 100 yen. Walaupun harga buffet agak mahal tetapi sushinya besar-besar dan ikan segar-segar..

7. Mungkin ini kali terakhir makan di kedai sebegini. Kelak pulang ke Malaysia, apakah merasainya lagi?

2 thoughts on “>Buffet Sushi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s