>Mencari Rumah Dengan Perabot di Jepun

>

1. Sudah 3 hari mencari rumah. HE perlu pindah kerana rumah sekarang, insurannya akan tamat. Jika mahu membayarnya, perlu dibayar terus untuk 2 tahun, padahal hanya tinggal sekitar sebulan untuk pulang ke Malaysia.

2. OK. Cari rumah menggunakan agen Leopalace21. Agen rumah terkenal dengan penyediaan rumah berperabot.

3. Bagus sebenarnya menyewa rumah Leopalace kerana dia bukan sahaja ada peralatan rumah, ada internet, ada saluran TV,  jika mahu perkakasan seperti kelengkapan membasuh juga disediakan.

4. Hari Ahad lepas, HE ke Yokohama mencari rumah yang telah dijanjikan dengan leopalace. Rumah berdekatan dengan stesyen Odoriba (踊場). Janji jam 1 petang. Sebelum tu pergi bermewah-mewahan makan sushi dikedai mahal. 食べ放題(dibaca: tabehodai) lagiatau buffet di Sushitama.

5. Bila ke Leopalace Yokohama tu, katanya rumah sudah diambil orang. Berasap telinga. Semasa telefon, minta datang untuk tengok rumah. Tak mengapalah, Pulang dulu ke rumah cari yang lain.

Adia menjulingkan mata melihat sushi besar.

Adia menjulingkan mata melihat sushi yang besar2

6. Dapat satu di Saitama. Rasa macam hendak duduk di Saitama pula. HE dan isteri bagai mahu pututskan untuk mengambil rumah itu. Kami cuba mengisi borang secara online tetapi tidak boleh kerana nama perlu dalam bentuk Kanji (tulisan Jepun-Karaktor China). Jadi agen di saitama minta datang juga untuk melihat rumah. nampak sangat dia beria-ia minta datang tetapi HE akan datang selepas Final Presentation iaitu hari Rabu.

7. Hari rabu, ke Saitama. Hampir 3 jam dalam perjalanan dengan keretapi. Sampai di sana, agen (tanto: orang yang menguruskan kami) tidak keluar pun. Rupanya rumah yang kami hendak itu pun sudah tiada. Terpaksalah agen lain yang menguruskan kami bertebal muka melihat muka kami yang nak marah. Oleh kerana terasa bersalah agaknya, dia bawa kami rumah yang lain. Sikit punya jauhlah rumah itu.  Sejam perjalanan dari pejabat agen. Cuba bayangkan sejam pergi, sejam balik. Dalam perjalanan nampak bendang saja. Dah rupa macam Aloq Staq. Kemudian nampak Alps jepun. Sungguhlah terasa jauhnya. Kami minta dia bawa ke stesyen keretapi terdekat pun, dia bawa lah juga tetapi jauh juga.

8. Sudahnya kami batal nak ambil mana-mana rumah. Esoknya kami ke Leopalace Fujisawa. Malam sebelum itu dengan penat-penat, tetap juga menjelajah laman web Leopalace cari rumah. Dapat satu dekat dengan stesen Seya di Yokohama. Masa di pejabat Leopalace, kami terus cakap hendak rumah itu. Orang yang menguruskan kami beri kunci dan suruh kami pergi tengok sendiri. jadi memenatkan diri tengok rumah itu.

9. Hampir 3 jam juga pergi balik dengan keretapi dan bas. Tapi suasananya lebaik baik dari yang di saitama. Rumahpun elok keadaannya. Pulang semula ke pejabat leopalace di Fujisawa. Bila hendak uruskan sewa pula hendak macam-macam.

10. Paling penting untuk Alien seperti HE, perlu ada 3 nama untuk orang-orang yang perlu dihubungi sekiranya ada kecemasan. Tidak pasti apa maksud kecemasannya. Pertama kalau boleh hendak oran Jepun, HE dapat Kak Hani Ogawa, Orang Jepun Melayu😉 (loghat utagha piau lagi). Kedua hendak pula orang berkaitan dengan universiti sebab HE belajar di Keio. Jadi HE dapatkan teman dari Indonesia yang juga tenaga pengajar di Keio, Pak Totok. Dan ketiga ialah orang di malaysia untuk dihubungi, HE pakai nama bapa mentua. terima kasih semua.

11. Harga sewa untuk 40 hari ialah 52,000 yen. Campur dengan perkhidmatan internet 4,000 yen. Jika tidak ada juga opsyen mencuci rumah sebanyak 21,000 yen, HE dan isteri kata tak perlu, jadi buang sahaja. jadi keseluruhan rumah berharga 58,000 yen untuk 40 hari dan jadilah ia tempat berteduh kami sehingga 31 Mac sebelum pulang ke Malaysia nanti.

One thought on “>Mencari Rumah Dengan Perabot di Jepun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s