>Hari bersama Ibubapa

>

1. Semalam seperti biasa membawa Adia ke kelas Bahasa Inggeris. Mama pula ada temujanji dengan doktor gigi.

2. Ada Parents Day pula hari itu. Ibubapa perlu masuk ke kelas 15 minit terakhir sebelum kelas tamat. Ada “games” dan nyanyian dengan anak-anak.

3. Permainan seperti OoSom versi jepun- じゃんけん(dibaca:Jangken) atau Batu-Kertas-Gunting. Kalau di Malaysia kita gunakan, Batu, Air dan Burung.

4. Adia diberikan kertas surat khabar. HE dan Adia berdiri di atas kertas surat khabar yang dibentang itu. Kemudian, 先生(dibaca: sensei bermaksud cikgu) akan berlawan Janken dengan semua murid secara serentak. Siapa kalah perlu melipat kertas surat khabar dan berdiri dengan lipatan yang lebih kecil. Janken lagi sehingga tinggal dua orang yang menang sahaja. Adia kalah semedang. Lipatan surat khabar kami semakin kecil. Tenggelam! akhirnya.

5. Selepas kelas, kata 先生kepada kami, Adia terlebih debaran kali ini, selalunya dia tidak ada apa-apa. Papa dengan Mama dia ada agaknya. Dia gerun?

6. Kemudian seperti biasa ialah aktiviti menyanyikan lagu. Acara wajib. Adia bukannya nyanyi, buat gaya saja. Tak boleh buat dua kerja dalam satu masa😉 Budak lain pun sama.😉

7. Minggu depan kelas cuti. Minggu satu lagi merupakan kelas terakhir Adia.  Pasti bila Adia besar, jika melihat foto dan video dia di sini, dia akan merinduinya. Kelak, berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan. Kejayaan bukan untuk Papa dan Mama, ia untuk diri sendiri. Jika diri sudah berjaya, Papa dan mama tumpang bangga. Bukan Papa dan Mama sahaja, bangsa, negara dan agama juga berbangga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s