>Selesai sudah VIVA

>

1. VIVA (telah dihuraikan dalam entri ini) telah selesai tadi (2-2-2010).

2. Jadualnya pada 2 Februari 2010, jam 16:00 di Lecture Hall Tau 11.

3. Asalnya nak berlambat-lambat sambil berehat-rehat tetapi terperasan pula perlu bersedia setengah jam di depan tempat presentation. Kalut sungguh dengan nak solat Asar lagi terkejar-kejar ke kampus.

4. Mujur bila masuk lecture hall, masih ada dua presentation lagi. Lega.

5. Duduk sahaja di bangku belakang, buka PC dan start webserver supaya aplikasi dapat dijalankan. Bila execute, data boleh ambil dari pangkalan data tetapi media player pulak tak boleh main di web. Baru semalam jalan benda tu. Isk, tak lega juga nampaknya. Itulah semalam gatal uninstall macam-macam kononnya nak bagi PC tu lajulah sikit. Siap pula dengan defrag bagai. Hari ini tak boleh main MIDI dalam aplikasi.

Tajuk-tajuk presentation: nama HE ada tulis di situ カマルルアリフ: An automatic metadata .....

6. Rasanya sebab semalam terinstall media player yang terkini tapi yang dalam applikasi pula menyokong versi lama. Sungguh kelam kabut. Sampai di depan masa bersedia sebelum sesi soal jawab pelajar sebelum itu pun masih kalut dengan aplikasi.

7. Akhirnya, tawakal sahaja. Persembahan tesis bermula sekitar jam 4 petang selama 20 minit. Semasa demo, sempat buat sampai laman sebelum media player yang tak boleh main tu. Bila nak klik aje, dah bunyi loceng. Terus tekan slide “Thank you”.

8. Selepas itu, ada sesi soal jawab selama 10 minit. Inilah yang dinamakan thesis defense. Mempertahankan tesis kita atau VIVA. Seperti biasa profesor di Keio ini cergas-cergas belaka terutamanya dalam program pengajian CI (program pengajian HE la tu, CI=Cyber informatic). Laju saja tangan angkat selepas kita tamat present. Berebut nak tanya soalan. Gile!

9. Tajuk tesis HE berjudul an automatic metadata generation method for culture-based music impressions. Banyak juga soalan yang profesor tanya telah bermain-main di dalam kepala sebelum itu. Sebelum present, dalam tandas, dalam bas dan masa mandi, semuanya HE cuba cari jawapan. Alhamdulillah mampu menjawab.

10. Selesai sesi itu, kepala rasa ringan sungguh. Muka senyum sampai ke telinga walapun tak tahu keputusan lagi. Keputusan akan keluar khamis ini (4-2-2010). Pun begitu, semasa HE dan rakan-rakan berlegar di lobi, ada profesor yang keluar dari mesyurat pemberian markah mengatakan semuannya lulus.😉 yey! tapi masalahnya gred apa ye?

11. Apa-apa pun jika betul lulus, Alhamdulillah dan lega boleh pulang hujung Mac nanti.

Wajahku yang sangat gembira campur tidak percaya yang aku sudah selesai saat-saat membunuh.

8 thoughts on “>Selesai sudah VIVA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s