>Checklist

>

checklist, originally uploaded by mykpwedding.

1. Membilang hari dengan pelbagai perkara mahu dilakukan.

2. Beberapa hari lepas membuat latihan presentation untuk final presentation. Macam banyak sangat perlu aku ceritakan sebab menimbun juga soalan dari kawan-kawan yang tak berapa faham dengan apa yang aku present. Pengajarannya, bukan senang nak bagi orang faham!

3. Sambil, mengerjakan slide untuk final presentation, aku terpaksa mencari rumah lain walaupun ada lebih kurang 2 bulan hendak balik. Ini kerana insuran rumah akan tamat hujung Februari. Memang telah maklum perkara ini dari awal iaitu semasa hendak masuk ke rumah sekarang ini. Aku dah minta agen rumah melanjutkan tempoh insuran tersebut sehinggalah aku balik, tapi kisah 2 tahun lalu, agen pun dah pindah ke tempat lain, orang baru yang ganti agen lama pulak tak tahu, maka insuran ini tetap berakhir hujung Februari nanti.

4. Esok pergi menjengok  agen rumah untuk sewa dalam 40 hari sahaja. Rumah siap dengan perabot dan kelengkapan. Senang, habis waktu cuci tangan kaki saje untuk keluar.

5. Sebelum pindah nak kena tahu juga menghantar barang balik ke Malaysia. Satu lagi kepeningan. Tadi ada telefon orang Malaysia yang buat perkhidmatan menghantar kereta dan barang ke Malaysia. OK juga cajnya. Maka, aku tempah saja dengan dia. Mujur jiran (satu universiti ) dengan aku bagitau pasal dia. Terkurang skit duit nak hantar barang.

6. Yang paling penting Selasa ini, waktu paling kritikal iaitu final presentation. Selesai yang itu, boleh berlapang dada lah aku. Sebelum itu, hari Isninnya, Supervisor aku nak jumpa. Apalah yang hendak dia komen slide aku nanti. Ah! pening aku. Cepat-cepatlah selesai.

One thought on “>Checklist

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s