>Menjadi Kejam

>

Adia, originally uploaded by hairieusoff.

1. Adia susah sangat hendak makan. Dia sangat memilih dengan apa yang hendak dimakannya. Pastinya dia tidak mahu sayur. Malah dia tidak suka makan melainkan apa yang dimahu ketika itu.

2. Selalunya HE tidak terlalu keras untuk memaksanya makan. Tetapi hari ini, HE macam sudah sampai mood hilang akal. Geram sangat dengan Adia. Bukannya apa, dia pandai melengah-lengahkan makan sehingga kita lupa dan sampai Mamanya buat makanan lain.

3. Hari ini, Papa Adia jadi kejam. Masa sarapan, dia tidak mahu makan kerana ada taugeh. Punyalah payah dia nak makan, sampai kena menuggu dekat dia melihat dia makan. Dia ambik sebutir-sebutir makanan, kemudian dia baring dekat meja makan tu.

4. Mama Adia dah kata dengan Papa Adia. “sudahlah tu, kesian Adia”. Mamanya nak masak apa yang Adia suka. Papa Adia berkeras juga. Tunggu sampai dia habis makan. Cuba bayangkan, hampir 5 jam tunggu dia makan. Papa Adia siap boleh pergi mandi, solat semua cukup, dia tak habis-habis lagi. Mujur dia ikut cakap Papanya, selagi tak habis makan, duduklah dia depan meja tu.

5. Akhirnya, sampai dia lapar agaknya, dia makan jugak sebabnya, Papa Adia ni duduk sebelah dia perhati saja macam tokpekong siam. Baru dia tahu, meleleh air mata darah dia pun, Papa dia buat kering saja.

3 thoughts on “>Menjadi Kejam

  1. >tu dia punya displin tu!Tapi utk kebaikan dia jugak. Lagipun tak eloklah memilih makanan… nnt dah besar pun sama perangai. Makan semua biar seimbang.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s