>

  1. Semasa di Universiti Utara Malaysia (UUM), HE berkesempatan melihat orang membuat latihan Gamelan. Sewaktu itu, HE masih lagi pelajar matrikulasi.
  2. Semasa masuk ke program Ijazah Muda, HE berkesempatan bertemu dengan senior di Kolej Kediaman yang merupakan kumpulan pemain muzik Gamelan Universiti. Daripada dia, HE memulakan langkah bersama Gamelan di UUM. Berjinak dengan gendang dan bermain untuk majlis-majlis makan malam universiti sehingga ke majlis konvokesyen, menimbulkan minat untuk mencuba kesemua alat.
  3. Dalam waktu yang sama, dan di situ bermula berkenalan dengan Guru dan juga tokoh muzik tradisional, Che Mat Jusoh yang kami panggil sekadar Pak Mat.
  4. Semalam, oleh kerana tiba-tiba hadir dalam ingatan tentang Pak Mat, HE menggooglekan namanya. Berkesempatan menjengah kembali wajahnya di Youtube dan laman webnya, Lokan Betepuk. Beliau kini lebih dikenali dengan nama pena Pak Lokan.
  5. Atas dorongan Pak Mat atau Pak Lokan juga, HE menjadi tutor Ko-Kurikulum Gamelan di UUM dulu. Dulu, dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pak Mat datang setiap minggu untuk melatih kami di UUM. Seingat HE, atas semangat kehadirannya itulah membuat kumpulan Gamelan UUM sentiasa berusaha keras untuk berlatih dengan lagu baru komposisi Pak Mat.
  6. Banyak yang dipelajari dari beliau. Ketekunannya, semangatnya serta keghairahannya terhadap muzik tradisional menceritakan kekayaan khazanah seni dan warisan kita. Dia mungkin berharap ada generasi muda meneruskan semangatnya, semangat muzik tradisioanl yang bergetar dalam darahnya. Namun,

Pak Mat, Sayangnya saya mungkin orangnya yang tidak begitu mampu memikul tanggungjawab meneruskan semangat seperti Pak Mat.