>Adakah terus-terusan popular bererti menidakkan bakat orang lain?

>

  1. HE membaca kolum “Sembang Kak Cham: Cerita AJL tak habis lagi!”. Pada dasarnya ia bukan fokus berkaitan AJL. Tajuk sepatutnya ialah “Siti Nurhaliza menghalang bakatbakat baru untuk naik di dalam indutsri muzik di Malaysia”.
  2. Seperkara yang HE tidak faham sekarang adakah tugas wartawan khususnya berkaitan dengan hiburan atau gosip hanya memanjangkan e-mel yang diterima dan disusun-susun menjadi ruangan pengarang? Kalau begitu, agaknya ramai orang mampu duduk di kerusi itu. HE minta maaf awal-awal kerana HE cuma bertanya sahaja kerana HE hanya masyarakat marhain yang tidak tahu tugas-tugas kewartawanan dan sebab itu HE bertanya.
  3. Dalam ruangan itu, ada dimuatkan pandangan dari seorang yang bernama Raja Siraj. Bagus pandangan beliau tetapi ada beberapa persoalan bermain-main dikepala HE. Pada mulannya hendak menjadi positif sama seperti dia tetapi bila baca separuh komen dia, macam ada sedikit bias terhadap Siti Nurhaliza.
  4. Sebagai fakta diri HE. HE penggemar lagu Siti Nurhaliza tetapi ada juga lagu yang saya tidak suka khususnya lagu meleleh ciptaan Azmeer. Tapi HE boleh buat apa kerana permintaan terhadap lagu itu tinggi. Begitulah juga sekarang. Apabila ada permintaan tinggi, bererti banyaklah penawaran kena dibuat. Masalahnya produk yang diminta pasaran hanya satu iaitu Siti Nurhaliza. Jadi untuk menawarkan produk ini dengan permintaan tinggi, maka ternampaklah wajah itu sahaja dikaca TV berpuluh-puluh kali.
  5. Mungkin apa yang HE tulis ini akan dikatakan sebagai tidak membuka fikiran tetapi sebenarnya HE tidak kisah kalau ada fakta yang jelas dari penulis. HE sedih sebenarnya ruangan itu ditulis. HE berpandangan sebagai wartawan yang berketrampilan untuk menulis kolum besar seperti itu sewajibnya dia membuat beberapa kajian dari e-mel Siraj itu. Jika tidak pun dapatkan pandangan tuan punya badan yang diperkatakan dalam kolum tersebut.
  6. Sesuatu yang HE tertanya pada e-mel Raja Siraj itu tentang takrif BAKAT yang dinyatakan seolah-olah jika menang banyak anugerah bererti berbakat dan jika kalah bererti menandakan hilanglah bakat penyanyi wanita di dalam industri kita. Yang peliknya, apakah kaitan kehadiran Misha Omar did dalam AJL kali ini dikategorikan sebagai kebangkitannya? Adakah dengan AJL sahaja Misha bangkit? Misha bangkit juga di AIM bukan? Dan seperkara lagi AJL adalah pertandingan lagu dan bukannya pertandingan penyanyi. Adakah hadir penyanyi ke dalam AJL disimpulkan sebagai kebangkitan dan jika di jemput sebagai pembuka tirai sebagai mencuri peluang kebangkitan penyanyi lain?
  7. Jika pembukaan sesebuah acara muzik dijadikan alasan menyatakan artis itu sebagai mencuri peluang kebangkitan artis lain, bermakna, bukan Siti Nurhaliza sahaja, Lan juga dikategorikan sebagai mencuri peluang penyanyi lain? Adakah Dayang Nurfaizah yang membuka tirai AJL22 mahu mencuri peluang kebangkitan Misha Omar dan juga Jaclyn Victor malam itu?
  8. Agak menghairankan juga Raja Siraj mengatakan monopoli Siti Nurhaliza dalam anugerah yang lain selain AJL juga menidakkan bakat artis lain. Adakah kemenangan di AIM bererti juri AIM mempolitikan pemasaran sehingga hilangnya bakat-bakat dalam industri kita? Bukankah AIM diadili oleh profesional? Adakah Raja Siraj dengan sengaja menuduh Anugerah lain seperti AIM diadili deangan tujuan tertentu dan bukannya atas profesional mereka? Mungkin satu tuduhan yang serius dan perlu mendapat bukti dari Raja Siraj sendiri tentang itu.
  9. Saban tahun, jika seseorang artis mendapat anugerah, adakah mereka tidak mengiktiraf bakat orang lain? Jika artis lain tidak bekerja keras dan menyediakan produk halai balai, mampukah mereka memenangi anugerah atau memenangi hati peminat untuk kekal? Sudah tentu tidak. Oleh kerana Siti Nurhaliza menghasilkan hampir saban tahun dengan album baru, maka adalah tidak mustahil dia berpeluang untuk menang dan dengan takdir tuhan dan rezeki, kemenangan berpihak kepadanya. Harap Raja Siraj percaya pada takdir juga.
  10. Adakah benar Celine Dion, Mariah Carey dan MJ memberikan peluang pada artis muda untuk menang anugerah seperti kata Raja Siraj? Adakah mereka ini tidak bekerja keras untuk membuat produk dan memenangi anugerah di Amerika. Sudah tentu di Amerika itu ada pelbagai majlis Anugerah. Mungkin Raja Siraj merujuk Anugerah-Anugerah yang terkenal seperti Grammy. Tetapi pendakian carta juga merupakan indikator penting terhadap produk bakat nyanyain di Amerika melalui Billboard. Kalau kita lihat Celine Dion menghasilkan album, kejayaannya di Grammy bermula pada album Falling Into You sehingga mendapat Best Pop Album dan Album of The Year pada tahun 1996. Adakah kemenangannya pada tahun seterusnya dengan lagu berhantunya My Heart Will Go On menidakkan bakat lain? Malangnya Celine telah berehat dan tidak menghasilkan produk dari tahun 2000-2002 dan itu “memberi peluang bakat lain” untuk menjual bakat mereka. Mungkin itu maksud Raja Siraj.
  11. Mariah Carey mengecap kejayaan melalui album pertamanya lagi di Grammy dan American Music Award. Dia memiliki anugerah Best New Artist dan Best Pop Vocal Performance, Female untuk tahun 1991 di Grammy dan Favorite Soul/R&B Female Artist di American Music Award pada 1992. Mariah juga memperolehi anugerah pelbagai setiap tahun. 2006, Mariah masih mendapat Anugerah Grammy menerusi album Emancipation Of Mimi. Dan kemenangan Mariah ini adakah menidakkan bakat muda yang lain?
  12. Sama seperti MJ, sejak tahun 1980, MJ memperolehi anugerah khususnya di American music Award dan membawa anugerah pelbagai sehingga tahun 2000. Mungkin kerana tiada produk dan masalah peribadi menjadikan MJ tidak menang dalam anugerah tertentu selepas tahun 2000.
  13. Akhir sekali apakah maksud “Teman dah kata, orang yang popular dan majlis yang berprofil tinggi memang mengundang segala – baik dan buruknya.” Apakah maksud kolum ini memfokuskan keburukan kehadiran orang popular? Jika itu yang mahu dibawakan, elok juga kita berfikir yang baik-baik.
  14. Kepada penulis kolum ini, HE sebenarnya hendak juga dia telan pendapat yang tidak berapa sedap ditelinga dia. HE harap janganlah dipanjangkan emel dari siapa-siapa untuk mengisi ruang surat khabar anda. Jika mahu memanjangkan pandangan peminat atau penyokong kumpulan tertentu, silalah buat ulasan dan pandangan dua belah pihak. Andakan profesional.

One thought on “>Adakah terus-terusan popular bererti menidakkan bakat orang lain?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s