>Mengenali dan mengamati erti kesejukan

>

arisashoe, originally uploaded by hairieusoff.

1. Gambar atas itu sebenarnya ambil masa seminggu yang lepas. Keluar selepas papa penat menulis tesis. Anak-anak pula penat berkurung dalam rumah.

2. Keluar ke taman dekat rumah seperti biasa. Ada beberapa waktu sahaja lagi untuk merasai dan mengenali erti sejuk sebegini. Masa di taman, jumpa dengan budak-budak sekolah rendah yang baru balik dari sekolah berdekatan.

3. Seorang daripadanya suka dengan Arisa. Diangkat, dihayunnya Arisa sampai tercabut kasut Arisa. Tengok gambar kat atas tu. Terpelanting kasut Arisa. Sudahlah Arisa panjang, dihayun-hayun macam itu, mahu lagi panjang.

4. Budak-budak masih putih lagi, jadi mereka belum ada sabetsu (apa ye perkataan yang sesuai? diskriminasi?) Rasa ingin tahu tinggi. Mereka mendekati dan bertanya. Yang pasti AMERIKA JIN? (bukan Jin hantu jembalang, maksudnya : Orang Amerika?)

5. Kena beritahu Singapura dan Thailand baru tahu kedudukan Malaysia. Kalau orang dewasa mungkin tahulah kan mana Malaysia sebab mungkin orang kenal Menara Petronas ataupun Mahathir. Budak-budak kena bagi tahu Tonan Ajia (South East Asia) dan lepas tu kena bagi tahu peta negara-negara mana yang dekat.

6. Dalam kami mengerti dan mengamati erti kesejukan di sini, moga anak-anak itu mendapt sesuatu hari. Mengenali sebuah negara bernama Malaysia di Tonan Ajia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s