>Aktiviti Keras Tangan

>

Adia, originally uploaded by hairieusoff.

1. Hari ini, hari aktiviti dengan Papa. Papa ajak Adia bikin agar-agar Oreo.

2. Adia memang cekap menggunakan tetikus tetapi alat lain dia agak kaku. Selalunya dia meminta-minta Mama atau Papa membuat sesuatu jika perlu menggunakan alatan.

3. Mungkin dulu kami terlalu takut banyak perkara. Maklum sahajalah, anak pertama. Jadi makan kami suapkan, apa-apa dia nak kami buatkan. Tetapi bagusnya Adia, dia punya penangkapan dan ingatan yang cepat. Permaina komputer dimain Adia menjadikannya cepat menangkap banyak kosa kata.

4. Lain pula dengan adiknya, Arisa. Kami bagi lepas bebas tetapi dengan pemerhatian. Di a makan sendiri, dia pegang sana sini, dia ras macam-macam tekstur. Jadi Arisa mampu melakukan banyak kerja sendiri.

5. Hari ini, Adia dan Papa bikin agar-agar Oreo. Sengaja mahu melibatkan dia dengan aktiviti menggunakan tangan dan dia pun teruja.

6. Selain merasa keterlibatan, dia akan bangga dengan hasil kerjanya. Dan yang penting, melatih tangan-tangannya bekerja.

7. Hari ini, bersepah meja, tetapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya tidak bersepah dalam kepalanya nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s