>Burung Hantu

>

Adia Arisa, originally uploaded by hairieusoff.

1. Ketika ini, anak-anak HE tidur siang, malam pula susah hendak tidur. Paling tidak, jam 1 pagi akan tidur.

2. Ketika ini, HE sedang menulis tesis, jadi sepanjang pagi memang sehingga subuh memang membuka mata denganjari mematuk-matuk papan kekunci untuk menyiapkannya. Seringkali sesudah subuh barulah mampu membuatkan mata menjadi terlelap dan merehatkan badan.

3. Buat masa sekarang, memang jam badan begini. Sehingga jam 6 barulah HE tidur sekejap (sekejap ke?) sehingga jam 12 tengahari. Mana tidaknya, bila roller shutter door ditutup, satu rumah gelap. Tidak nampak matahari pun. Anak-anak pun bangun lewat juga.

4. Isteri pula, masa begitulah nak selelsaikan kerja-kerja membersihkan rumah setelah sesi menyepah dibuat dek dua orang tu masa siang. “Plus” menguruskan “ladang” ataupun “restoran”.

5. Adia selalunya bangun lebih awal. Dia akan bangun papanya. “Papa its sunny“. dengan bermaksud, matahari dah meninggi Papaku, tak reti-reti nak bangun ke?

6. Yang Arisa pulak bangunkan mamanya dengan menggomol “makanan”. Tadi pagi, Mamanya kena pergi pemeriksaan kesihatan, Dia bangun tapi tersalah gomol. Gomol papanya. Terkejut Papanya.

7. Musim sejuk dan musim menulis tesis, buatkan jam badan seperti burung hantu. Sedikit sahaja lagi. Selepas ini, mana mungkin begini kerana pejabat dan mesyuarat bakal mengisi siang hari.

One thought on “>Burung Hantu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s