>Kohaku: Pertandingan beradu Lagu

>

IMG_8172.JPG, originally uploaded by yoshinari.

1. Malam tahun baru lalu menonton 紅白歌合戦 (dibaca:Kouhaku Uta Gassen.) di NHK.

2. Ia merupakan rancangan malam tahun baru di Jepun. Ia melibatkan artis-artis popular dengan persembahan lagu terkni mereka. Kouhaku Uta Gassen bermaksud pertandingan Lagu Merah Putih iaitu sebuah pementasan artis dengan pembahagian kepada dua kumpulan iaitu merah dan putih. Di Malaysia mungkin kita boleh buat 4 kumpulan Merah Putih Bitu Kuning)

3. Lazimnya putih merupakan kumpulan artis lelaki dan merah terdiri dari artis wanita.

4. Rancangan ini akan tamat sekitar 15 minit sebelum masuk tahun baru pada jam 12 tengah malam bagi menyiarkan paluan genta dari kuil sebanyak 108 kali.

5. Rancangan ini lazimnya ditonton orang Jepun kerana pada waktu ini mereka berada bersama keluarga di rumah.

6. Malah raancangan Kohaku membolehkan penonton terlibat dengan mengundi pemenang melalui tefefon bimbit, remote TV bagi TV berdefinisi tinggi (HD TV) dan penonton di auditorium.

7. ASTRO juga mungkin membuat rancangan seperti ini kerana BYond sudah memulakan transmisi/broadcast secara difinisi tinggi. Di Jepun transmisi secara digital penuh dengan penerimaan secara HD di seluruh saluranTV akan terlaksana pada 2011. Pada masa itu seluruh TV di Jepun akan menggunakan TV Digital berdefinisi tinggi tidak kira swasta mahupun saluran kerajaan.

8. RTM mungkin boleh mencuba kaedah ini bagi mengurangkan konsert di tempat terbuka dan menggalakkan orang berhibur bersama keluarga di rumah. Ini kerana artis-artis yang terlibat dengan persembahan seperti Kouhaku akan bertumpu dan memberi komitmen pada rancangan ini dan menidakkkan penglibatan dengan konsert lain.

9. Sekurang-kurangnya ia mengurang aktiviti membuang sampah di tempat terbuka seperti KLCC dan Bukit Bintang, selain membuatkan jalan menjadi sesak pada malam tahun baru.

10. Ia juga mungkin mengurangkan gejala tidak sihat pada malam tahun baru dengan ada acara seperti Kohaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s