>Selamat Tahun Baru 2010 Jepun

>
1. 2010, merupakan yang terakhir meraikan kehadiran tahun baru di Jepun.

2. Sama seperti meraikan Tahun Baru Cina tetapi bezanya Jepun meraikannya mengikut kalendar gregorian tetapi dengan tradisi Jepun.

3. Orang Jepun makan besar pada hari pertama tahun baru manakala orang Cina biasanya makan besar pada petang sehari sebelum tahun baru.

4. Kerap kali tahun baru, mereka menyediakan makanan yang istimewa dipanggil osechi. Tradisi berubah mengikut masa. Kehidupan pantas dan ringkas mengungguli berbanding tradisi. Akhirnya, mereka lebih senang memesan makanan di kedai dari membuatnya. Ada juga yang menjadikan KFC sebagai osechi. Bayangkan nanti pagi-pagi Aidilfitri, kita hanya membeli ketupat dan rendang dari kedai sahaja ataupun ada perkhidmatan menghantar juadah Raya ke rumah sahaja.

5. Pagi Tahun Baru juga selalunya menjadi waktu ke kuil-kuil bagi orang Jepun. Mereka akan memasang niat untuk sepanjang tahun tersebut. Ia ibarat sembahyang Raya. Tetapi, rakan isteri HE, katanya dia tidak ke kuil kerana ketika itu ramai orang.  :). Kadang kala orang Jepun ke puncak gunung Fuji atai di tepi pantai untuk melihat matahari tahun baru.

6. Pada pagi tahun baru juga merupakan waktu paling sibuk untuk perkhidmatan pos. Ini kerana waktu ini, poskad tahun baru perlu dihantar. Poskad yang dipanggil 年賀状 (dibaca: nengajo) itu selalunya menulis ucapan selamat tahun baru dan harapan pengirim kepada penerima.

7. Nengajo selalunya dihantar beberapa hari awal supaya sampai pada pagi 1 Januari.

8. Ucapan tahun baru selalunya di tulis seperti berikut:

明けましておめでとうございます。 (dibaca: akemashite omedetougozaimasu)

新年おめでとうございます。 (dibaca: shinnen omedetougozaimasu)

謹賀新年 (dibaca: kinga shinnen)

恭賀新年 (dibaca: kyouga shinnen)

賀正 (dibaca:gashou)

9. Ucapan yang pertama dan kedua juga boleh di jadikan sebagi ucapan secara lisan. Untuk ayat ketiga hingga ke lima selalunya dijadikan katapembukaan pada kad ucapan tahun baru.

10. Selepas memberikan ucapan selamat tahun baru, selalunya ucapan harapan ditulis bersama seperti berikut, contohnya:

昨年は大変お世話になりありがとうございました。

(dibaca: Sakunen wa taihen osewa ni nari arigatou gozaimashita.)

– bermaksud; Terima kasih atas segala kebaikan anda sepanjang tahun lepas.

本年もどうぞよろしくお願いします。

(dibaca: Honnen mo douzo yoroshiku onegaishimasu.)

-bermaksud; Semoga terus menghulurkan bantuan kepada saya.

皆様のご健康をお祈り申し上げます。

(dibaca: Minasama no gokenkou o oinori moushiagemasu.)

– bermaksud; semoga kalian dianugerahkan kesihatan yang baik.

Kepada semua HE mengucapkan

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga berjaya dalam apa juga usaha anda tahun ini.
明けましておめでとうございます。 今年もよろしくお願いします。

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s