>Jangka hayat di Kromosom anda?

>

chromosomes, originally uploaded by colm.mcmullan.

1. Berkesempatan menonton rancangan TV sebentar tadi. Membicarakan penemuan tentang pengukuran jangka hayat manusia.

2. Justeru, kita dapat mengagak umur kematian kita.

3. Ia (jangka hayat) boleh diukur menerusi segmen tertentu di kromosom anda.

4. Apa itu kromosom? Secara ringkas ia merupakan struktur yang melengkapi DNA kita. DNA (Deoxyribonucleic acid) pula ialah sejenis asid yang memberikan gambaran tentang genetik kita. Yang mana ia akan membentuk sifat-sifat kita dan perwatakan kita.

5. Jadi, penemuan segmen kromosom sebagai pengukur jangka hayat, mungkin membantu manusia “merancang” kehidupan mereka dengan lebih berkesan.

6. Jika panjang segmen tersebut bererti jangka hayat manusia lebih panjang dan begitu pula sebaliknya.

7. Pun begitu, menurut pakar bidang ini, panjang dan pendek segmen tersebut sangat bergantung kepada “cara hidup” khususnya pemakanan. Perokok dan peminum minuman keras amat memudahkan segmen tersebut menjadi pendek.

8. Namun, kita percaya, setiap ajal maut itu merupakan kerja tuhan. Walaupun panjang segmen kromosom kita, namun jika ajal menjemput, tiada yang dapat menghalang.

9. Dua hari lepas, suami kepada penjaga adik HE meninggal. HE ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aunty Nageswary atas pemergian mendiang uncle Gobal.

10. HE juga mengucapkan takziah kepada sahabat HE juga, Vimala kerana menjadi ibu tunggal setelah kematian suami.

ps: Dahulu, siapa juga kaum, kita tiada rasa prejudis untuk sama-sama merasai kehidupan di tanah air kita. Masih adakah perasaan ini?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s