>

AdiaBirthday5, originally uploaded by hairieusoff.

Happy Birthday Adia.

1. Tidak merasai sungguh masa berlalu. Aak HE sudah semakin besar. Tanggungjawab juga semakin besar. Kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga anak lelaki!!!

2. Adia lahir 28 Disember 2004. 2 hari selepas bencana tsunami melanda Banda Acheh. 7 jam selepas mamanya masuk hospital iaitu Jam 10:07 malam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. 27 Disember lalu, HE adakah majlis hari jadi. Selalunya HE buat kecil-kecilan sahaja. Kali ini pun HE buat kecil-kecilan juga cuma HE panggil beberapa rakan sekolah HE.

AdiaKitty5, originally uploaded by hairieusoff.

4. Pada 28 Disember, HE bawa adia ke Sanrio Puroland, tempat Hello Kitty. Adia nampak letih tetapi happy lah juga. Asalnya nak bawak ke Disney SEA iaitu tempat yang dihajati Adia tetapi terpaksalah menangguhkannya kerana budget tidak lepas.

5. Tahun depan ye Adia! tapi bukan masa birthday. Bila-bila sempat saja.