>

Adia n Arisa Koen, originally uploaded by hairieusoff.

1. Adia dulu memang sangat HE faham susah sangat hendak tidur. Jika hendak tidur, dia akan menjadi lebih cergas kerana menahan mata dari tidur.

2. Sekarang Adia masih kekal sebegitu.

3. Arisa, sejak kebelakangan ini punya tabiat yang sama. Memang kalau dua-dua hendak tidur, rumah HE bergegar dengan lari dan gelak tawa kerana kedua-duanya tidak mahu tidur. Sekali ganda situasinya.

4. HE tak tahu nak buat macam mana dengan dua beradik ni.

5. Tadi HE paksa Adia duduk di dalam futon (macam lemek) dan Adia terkebil-kebil hendak tidur.

6. Adia beri pelbagai alasan, dia gatal, dia sakit kaki, dia panas dan macam-macam lagi agar boleh bercakap bagi menahan mata.

7. Tadi HE menjadi garang dan dah macam tak berperikemanusiaan pun ada. Rasa macam geram aje dengan dia.

8. Adia siap cakap, adia lapar. Mamanya dah kesian, Yang papanya macam hati batu buat tak kisah suruh tidur juga. Last-last, Adia makan juga.

9. Lepas makan dia masih macam ulat beluncas. Tak juga duduk diam.

10. HE paksa dia baring juga.HE  Duduk aje sebelah dia, sampai dia terpusing-pusing dalam selimut macam rerama nak keluar dari kepompong. Tak berapa minit, senyap aje Adia. Tidurpun dia.

11. Yang Arisa pulak, kena pangku dan didodoikan. Baru nak tidur.

12. Letih!!! Kalian ada tip tidurkan anak?