>Muallaf #2

>

gambar: pasca menonton Di Bawah Pohon bersama sutradara dan pelakon di TIFF 2008

1. Teman-teman HE yang baru sahaja menonton Muallaf ada berbicara tentang filem Yasmin Ahmad ini. Ada pelbagai rasa yang diutarakan.

2. HE, menontonnya di Tokyo International Filem Festival, pada tahun 2008 yang lalu. HE memang suka filem ini.  HE tidak mahu memberi ulasan tentang filem ini kerana HE bukan ada ilmu tentang filem pun tetapi sebagaimana Yasmin Ahmad pernah berkata, dia hanya membikinkan filem dan menceritakannya, penonton boleh mentafsir pelbagai sudut berdasarkan pandangannya dan pempelajari sesuatu daripada filemnya.

3. Pandangan HE tentang filem ini telah ditulis sebelum ini di entri bertajuk Muallaf.

4. Yang pasti, filem ini HE jadikan peringatan kepada diri bahawa manusia bukan sempurna maka manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Justeru, manusia juga perlu membuang ego untuk memaafkan manusia lain.

5. Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan, perkara pokok yang perlu diamati manusia ialah menhormati orang lain, pegangannya dan apa juga mereka percaya, mungkin dari situ merupakan titik tolak kepada kehidupan harmoni.

ps teringat suatu ketika dahulu rumah yang didiami merupakan lokasi filem Mukhsin. Semangat harmonis dengan tetangga sungguh dirasakan. Adik HE dijaga oleh keluarga India. Mampukan ini dilakukan sekarang?

One thought on “>Muallaf #2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s