>Kek Keju menggunakan Periuk Nasi

>

kek Keju, originally uploaded by hairieusoff.

1. Di perantauan, banyak perkara kita perlu percaya pada diri sendiri. Banyak perkara perlu dicuba khususnya memasak makanan sendiri.

2. Menariknya di Jepun, orangnya suka memasak secara ringkas tetapi mahu rasa yang hebat. Malah mereka sangat inovatif dalam menghasilkan sesuatu termasuk kaedah pemasakan.

3. Di Jepun juga, banyak resepi kek atau puding boleh dibuat dengan periuk nasi. Malah ada juga resepi menggunakan periuk menggoreng.

4. Beberapa hari lepas, rakan facebook, Kak Umi memberikan resepi memasak kek keju atau Cheese Cake dengan menggunakan periuk nasi.

5. Memandangkan kelengkapan masak di rumah HE tidaklah canggih serta hidup sebagai perantau tidaklah membuatkan HE beria-ia sangat hendak membeli barang kelengkapan rumah berbanding berjalan-jalan😉, maka resepi dengan menggunakan periuk nasi sangatlah menarik minat HE.

6. HE memang suka makan. Darah daging HE suka makan😉, Mak HE suka makan juga. Adik HE juga suka makan.

7. Semasa tinggal di Chiba dahulu, ketika itu baru sangat datang ke Jepun, pekakas pun kurang, periuk nasi memang menjadi alat rasmi membuat kek atau puding.

8. Isteri memang pernah cuba pelbagai resepi dengan periuk nasi. Oleh kerana HE suka makan dan kekaguman HE terhadap resepi cubaan isteri dengan periuk nasi, HE buat sebuah blog khas untuk apa yang telah isteri HE masak sejak 2 tahun lalu. Semuanya ada di blog Seleraku.

9. Antara resepi yang pernah isteri buatkan untuk HE dengan menggunakan periuk nasi ialah Puding Roti, Puding Pisang dan kali ini Kek Keju.

10. Jika kalian mahu mencuba resepi Kek Keju di atas, pergi ke laman web Seleraku (kek Keju)– laman web penghargaan HE terhadap makanan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s