>Mula merindui

>

Adia Arisa Winter, originally uploaded by hairieusoff.

1. Ketika ini, ranting-ranting ditelanjangkan. Tiada sehelai daun.

2. Udara pula memang sudah hampir sebati dengan suhu mendekati sifar. Jika disapu angin ke muka, dinginnya tertusuk bagai mahu retak kulit.

3. Saat ini, di kepala menyusun ayat dan dalam masa yang sama menyusun bab untuk tesis.

4. Tidak kurang juga, sebahagian barang ssedang disusun di dalam kotak untuk disimpan dan dihantar kembali ke tanahair.

5. Adia berkata

“Papa, janganlah tinggal teddy bear Aya”

6. Sangka Adia, barang yang disimpan itu akan terus kekal di sini, padahal itu semua bakal diangkut pulang.

“Papa, jangan lupa bawa semua game ye?, Licca (patung ala Barbie versi jepun), … (pelbagai lagi disebutnya)

7. Di mata Adia sudah mula rasa dia akan merindui kehidupan di sini.

8. Bukan sahaja Adia, tetapi HE juga. Suasana tanpa sejuk dan dingin membeku. Tiada lagi dedaun kemerahan dan berguguran malah tiada lagi pokok sakura untuk dinaungi sambil menjamah makanan kala Hanami.

9. HE mula merindui, bukan Adia sahaja.

hanami: berkelah kala sakura berkembang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s