>Stadium menyatukan kita

>

by suhaimi baba

1. Jika melihat Kuala Lumpur dari awan, selain bangunan bergelar menara kembar tertinggi di dunia, sebuah seni bina yang jelas kelihatan ialah Stadium Merdeka.

2. Stadium yang lahir kerana memperjuangkan kemerdekaan negara. Ia sebuah lambang penyatuan bangsa dan kesepakatan kaum dalam pembentukan jatidiri bangsa Malaysia sehingga kini. Biar berbeza agama, bahasa dan tradisi tetapi mempunyai satu hasrat yang sama.

3. Stadium Merdeka telah memberikan warna kepada Kuala Lumpur. Ia bukan sahaja tempat menggelar sukan antarabangsa seperti Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA, tetapi ia juga telah menempatkan konsert jenama besar seperti Michael Jackson, Mariah Carey dan Celine Dion.

4. Jelas, jasa dan bakti struktur ini kepada Kuala Lumpur tidak boleh dinafikan. Sehingga ke hari ini ia tetap tempat berkumpul setiap kaum di negara ini dan menjadi alat perpaduan tanpa disedari.

by spOt_ON

5. Jika terbit di hati sesiapa untuk menghapuskan warisan ini atas nama kemajuan atau pengindahan landskap Kuala Lumpur,mereka wajar sahaja dinyahkan dari menjejaki Kuala Lumpur kerana roh seni bina unggul ini sungguh tinggi dalam memupuk kesepaduan bangsa.

6. Kehadiran Komenwel 1998 membawa kepada pembinaan Stadium Nasional di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

7. Stadium Nasional merupakan gelanggang upacara pembukaan dan penutupan Kuala Lumpur 98. Edisi ke-16 itu sekali lagi menampilkan bukti bahawa stadium merupakan alat penyatuan bangsa.

8. Upacara pembukaan dan penutupan Kuala Lumpur 98 menampilkan keunikan bangsa yang sukar terlihat di mana-mana pun. Tiga kelompok utama bersatu dalam satu stadium untuk sama-sama menjayakan acara anjuran negara.

9. Jika ini sebahagian pembuktian bahawasanya stadium merupakan alat menggabungkan persamaan dan penyatuan bangsa, secara ringkasnya bolehlah kita mendirikan lebih banyak stadium untuk tujuan itu?🙂

10. Logikkah?

11. Sayangnya, stadium hanya menjadi tempat kunjungan jika ada acara tertentu. Di Korea, Stadium Piala Dunianya, merupakan juga kompleks membeli-belah dan juga hiburan. Di situ juga ditempatkan Pawagam. Jadi kemeriahan stadium dan kawasan sekitarnya tidak luntur.

by mohdizuan

12. Alangkah baiknya, Stadium Merdeka dan Stadium Nasional atau apa-apa juga pembinaan stadium pada masa akan datang agar mengambilkira untuk menempatkan sekurang-kurangnya presmis tetap seperti pasaraya terkenal, pasar hiper atau pawagam kecil.

13. Selain membuatkan kunjungan rakyat kepada stadium, ia mampu memupuk rakyat mendekati sukan dan secara tidak langsung menggalakkan kehidupan sihat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s