>

Ichigo, originally uploaded by hairieusoff.

1. Beberapa waktu kebelakangan ini,  isteri suka naik basikal dan ke kedai. Exercise katanya.

2. OK! Kasihan. Selalu sangat terperuk dalam rumah. Sekurang-kurangnya HE ada juga keluar ke kampus.

3. Hasil keluar isteri dengan berbasikal adalah seperti gambar di atas. イチゴ(dibaca: ichigo) Strawberi. Sambil itu dia mengingatkan HE janji tidak tertunai awal tahun ini untuk ke イチゴ狩り (dibaca: ichigogari) atau ladang memetik strawberi.

4. Katanya tak tahan menengok kembang-kembang macam balung ayam.

5. Kalau makan sebiji penuh mulut dan yang penting sekali, rasanya manis.

6. HE kata, seronok juga tunggu di rumah dan menanti macam anak burung disuapkan makanan. Agaknya kalau HE balik dan tak beli apa-apa dari kedai mesti 悲しい(dibaca:kanashii) aje masing-masing.

kanashii: sedih, kecewa.