>Karamel

>

1. Seperti saya tulis dalam entri lepas, Mama Papa Adia memang pantang pegang komputer kerana selain menjelajah di dalam facebook, kedai Rakuten akan jadi tempat membeli belah.

2. Akhirnya tangan tak berbedung dan tangan yang sepantas kilat itu mengklik butang “hantar”. Maka terbelilah manisan kegemaran Papa Adia. Tapi tidak terasa bersalah sangat sebab Adia pun memang sangat suka.

3. Kami beli 生キャラメル(dibaca: nama karameru)  atau Karamel segar dengan pelbagai perisa. Ada perisa strawberi, coklat, krim keju, biasa dan krim putih.

4.  Kami pernah ke Hokkaido, pertengahan Februari lalu. Di sana sememangnya popular dengan hasil tenusunya. Salah satu produk terkenalnya ialah 生キャラメル. Ia merupakan jenama 花畑 牧場(dibaca: hanabatake bokujo) yang memang terkenal dari Hokkaido. Ia tambah terkenal kerana dimiliki selebriti Jepun 田中義剛 (dibaca: Tanaka Yoshitake).

5. Semasa di Hokkaido, sememangnya kami tidak lepaskan peluang membelinya kerana kalau membeli orang akan beratur panjang untuk mendapatkannya.

6. Kali ini dengan promosi harga murah dengan pelbagai rasa untuk perayaan krismas, kami (dengan lebih tepat: Mama Adia) tidak lepaskan perluang membeli karamel jenama ini. Lebih manis lagi kami tidak perlu beratur panjang mendapatkannya. Bertuahnya dapat membeli karamel ini kerana membeli diinternet pun “sold out”. Mujur Mama sempat beli.

7. Dua hari lepas, ais krim karamel Hanabatake juga mula dijual di kombini (convenient store) . Jadi tidak susah nak dapat ais krim ini lagi. Jika tidak perlu ke Hokkaido untuk memakannya. Saya sudah membelinya. Adia suka juga. Adia memang gemar makan manis, Arisa pula tidak suka. Bukan sahaja tidak suka, dia amat tidak suka.

8. Sakarang tengah gila duduk rumah tetapi tangan masih ber”shopping”. Masing-masing dalam persekitaran “bakal merindui” kehidupan di Jepun. Tidak lama lagi akan pulang dan suasana ini akan dirindui.

ps: proses pembelian dibuat oleh Mama dengan persetujuan Papa. Ya, selalunya begitu.

2 thoughts on “>Karamel

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s