>

1. Saya penggemar drama dan filem tetapi saya tidak terlalu mengikuti dan menulis hampir semua review tentangnya. Apa yang saya rasa menarik saya konsi bersama.

2. Beberapa tahun kebelakangan, trend drama rantaian perubatan seperti Grey Anatomy, ER dan sebagainya sudah menjadi ikutan juga di Jepun. Drama seperti Code blue, Voice dan Iryu Team Medical Dragon adalah sebahagian drama-drama popular mengisi permintaan drama perubatan di Jepun.

3. Pada musim gugur ini juga ada drama perubatan yang sedikit lain pendekatannya. Selain drama Gyne yang memaparkan jabatan sakit puan lakonan Fujiwara Norika, terdapat satu lagi drama berjudul 仁JIN, menghiasi slot drama hari Ahad dengan kisah perubatan moden yang kembali kezaman pemerintahan klasik Edo.

4. Walaupun ada sedikit kejanggalan dalam logik tetapi yang menarik perhatian saya menonton drama ini ialah bagaimana jika perubatan yang moden seperti sekarang dan pengetahuan perubatan seperti sekarang ini wujud di zaman silam.

5. Selain lakonan hebat, saya kira drama ini juga mempunyai lagu tema yang menarik berjudul 逢いたくていま(dibaca: aitakuteima) dendangan Misia.

6. Saya tidak pasti, di malaysia menayangkan drama ini atau tidak, tetapi jika mereka yang meminati drama Jepun mungkin sudah menontonnya secara online.

7. Kisahnya berlaku apabila seorang doktor bedah otak, bernama JIN menjalani kehidupan dengan rasa bersalah kerana teman wanita yang dirawatnya berada dalam koma. Suatu hari dia terjatuh dan juga pengsan dan mendapati dirinya kembali ke zaman Edo.

8. Di zaman itu dia bertemu dengan seorang gadis yang merupakan adik kepada lelaki yang menyelamatkannya daripada serangan samurai. Gadis itu juga mula menyukainya kerana merawat abangnya yang cedera akibat serangan samurai.

9. Dalam masa yang sama, JIN seperti berjumpa dengan jelmaan teman wanitanya di zaman Edo.

10. Itu sebahagian kisahnya tetapi apa yang saya ingin benar-benar katakan tentang drama ini ialah penonjolan tokoh sejarah dalam watak drama ini iaitu Ryoma Sakamoto. Ryoma Sakamoto dikatakan seorang tokoh yang membawa pendekatan permodenan dalam pemikiran Jepun.

11. Bagi tahun depan pula ada drama di NHK berkaitan Ryoma Sakamoto. Dan beberapa waktu kebelakangan ini perihal Ryoma Sakamoto kerap diuar-uarkan walaupun berlaian stesen Tv yang menayangkan drama berkaitan dengannya.

12. Menariknya Jepun memupuk sesuatu perkara ialah dengan menyumbat dengan informasi itu berkali-kali supaya melekat dalam kepala. Saya kira cara sebegitu memang cara yang efektif untuk mengingati sejarah.

13. Di negara kita, jika ramai yang tidak tahu sejarah, atau lupa sejarah, elok juga disiar berulang kali perihal sejarah kita dan dijadikan drama.

14. HBeberapa minggu lagi, drama JIN akan menayangkan episod akhir. Apakah pilihan JIN? Hidup sentasa ada pilihan untuk dibuat cuma kita perlu buat pilihan yang sesuai mengikut masa yang sesuai