>

1. Setiap tahun, pada penghujung tahun, atau lebih tepat lagi 12 Disember, pengumuman 今年の漢字(dibaca: kotoshi no kanji) akan dibuat.

2. Kanji ialah karaktor tulisan cina dan ia juga sebahagian daripada penulisan dalam bahasa Jepun.

3. Pengumuman 今年の漢字 dibuat berdasarkan pemilihan daripada kajiselidik oleh Persatuan Kecekapan Kanji Jepun dan acapkali diumumkan di sebuah kuil terkenal di Kyoto iaitu Kiyomizudera.

4. Pengumuman Kanji ini menunjukkan keadaan dunia secara umumnya dan khususnya untuk menggambarkan situasi di negara Jepun pada tahun tersebut.

5. Sejak HE hadir di Jepun ini pada tahun 2007, HE dapat melihat gambaran melalui kanji untuk tahun 2007, 2008 dan 2009.

6. Taun 2007, Kanjinya ialah, 偽 (dibaca: nise) atau secara umumnya bermaksud penipuan. Pada tahun ini, banyak bercerita tentang masalah dalam urustadbir kerajaan khususnya dalam kes pencen. Beberapa kes penipuan khususnya barangan tiruan dari China dilaporan meluas di media pada tahun 2007 seperti penipuan pelebelan, penipuan tentang beras, penipuan tentang mee dan juga penciplakan karaktor animasi Jepun dan juga Disney di Taman Tema Shinjingshan di Beijing, China yang akhirnya memebawa kepada pembinaan Disneyland Shanghai kelak.

7. Pada tahun 2008, Kanjinya ialah 変 (dibaca: hen) atau secara umumnya bermaksud perubahan. Pada tahun 2008, perubahan dunia khususnya pengaruh Obama begitu kuat di jepun dengan kalimat keramat semasa kempen pemilihan presiden Amerika. ia juga merupakan penunjuk kepada perubahan ekonomi Jepun dan dunia.

8. Tahun ini, kanji yang mewakili tahun 2009 ialah 新 (dibaca: shin) yang bermaksud Baharu. Dalam tahun 2009 banyak perkara baru tampil dan diperkatakan. Di Jepun misalnya, umum bercerita tentang Influenza Baru (新型インフルエンザ, dibaca: shingata influenza), pentadbiran domestik yang baru khususnya Jepun mempunyai pilihanraya umum pada tahun ini. Parti 民主党 (dibaca: Minshuto) atau  Democratic Party of Japan (DPJ)  sebuah parti baru telah menewaskan parti 自民党 (dibaca: Jiminto) yang telah memerintah sejak tahun 1955. Pemilihan Presiden Obama juga dilihat sebagai satu permulaan baru dalam politik dunia. Beberapa perkara baru dalam suka juga dikaitkan dalam tahun 2009. Beberapa perkara dalam percubaan juga dikategorikan perkara baru seperti hal berkaitan dengan Eko dan pemuliharaan alam sekitar seperti Eco-Car dan perolehan Eco Point untuk pembelian barangan kelengkapan rumah.

9. Apakah Kaji anda?