>Kuala Lumpur: Tuan Rumah Sukan Asia 2019?

>

Bukit Jalil National Stadium in HDR, originally uploaded by vedd.

1. 2 Oktober lalu, pemilihan bandaraya tuan rumah Olimpik diadakan di Copenhagen, Denmark. Aku menontonnya secara langsung di TV Nippon kerana Tokyo juga merupakan 4 calon terakhir pemilihan tersebut.

2. Bandaraya Tokyo tidak berjaya dalam perebutan menjadi tuan rumah sukan terbesar itu. Hak itu menjadi milik Bandaraya Samba, Rio De Janeiro, Brazil. Ia menjadikan Rio de Janeiro 2016 merupakan edisi pertama di Benua Amerika Selatan, edisi ketiga di Hemisfera Selatan dan edisi pertama di negara pertuturan bahasa Portugis.

3. Itu cerita Olimpik dan pembidaan menganjurkannya. Kita, khususnya bandaraya Kuala Lumpur, belum mampu pergi ke arah itu buat masa sekarang tetapi pada masa akan datang, harapan itu tetap ada.

4. Pengalaman Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah sukan bertaraf dunia pernah dilakukan iaitu semasa mendapatkan hak penanjuran Sukan Asia 2006. Namun perebutan itu telah mengenepikan Kuala Lumpur dan mengalungkan bandaraya Doha, Qatar sebagai tuan rumah edisi ke-15 itu.

5. Semasa Konvensyen Industri Sukan Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya telah menunjukkan hasrat Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya dalam menawarkan bandaraya Kuala Lumpur untuk pembidaan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019.

6. Jika ini benar-benar menjadi hasrat Kerajaan, alangkah manisnya melihat perkara-perkara positif yang bakal berlaku nanti.

7. Aku sangat bangga semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Sukan Komenwel pada tahun 1998. Dalam banyak manusia kata penganjuran itu membazir dan tidak membawa keuntungan tetapi sebenarnya aku dapat lihat keuntungan bukan diukur dan diperolehi dari nilaian ringgit.

8. Aku sangat bangga menonton upacara pembukaan kerana di situ merupakan promosi besar negara kepada dunia. Jika sebuah iklan dihasilkan dan dibayar siarannya ke seluruh saluran di Negara-negara Komenwel, mungkin nilaiannya lebih tinggi. Maka penganjuran sukan seperti Sukan Komenwel secara tidak langsung mengiklankan negara dalam pakej-pakej tertentu seperti, pelancongan sukan, percutian dan industri berkaitan pelancongan. Acara Mega seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia selalunya bertujuan meningkatkan hasil pelancongan khususnya dalam penigkatan kesedaran dan pengiktirafan media tempatan dan luar negara terhadap tuan rumah (Andrenovich, 2001).

9. Semasa upacara pembukaan juga, Kuala Lumpur 1998 telah memupuk semangat penyatuan bangsa. Kita boleh melihat pelbagai kaum di negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah menyokong siapa juga atlit kita demi satu nama iaitu Malaysia. Justeru, siapa oleh menafikan penganjuran sukan mampu mengikat penyatuan pelbagai kaum?

10. Price Waterhouse Cooper, badan yang ditugaskan mengkaji kesan yang bakal diperolehi penganjuran London 2012 kelak telah merumuskan terdapat kesan-kesan positif secara intangible bagi aspek sosial di kota London. Antaranya, penganjuran sukan sebesar Olimpik mampu meningkatkan semangat nasionalisme, membangunkan “faktor keceriaann rakyat”, memberikan inspirasi kepada kanak-kanak dan yang paling utama meningkatkan penyatuan bangsa.

11. Kejayaan pembidaan untuk menjadi tuan rumah sukan terbesar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpk sangat bergantung kepada sokongan rakyat. Kekalahan Tokyo merebut hak milik penjanjuran Olimpik 2016 terlihat kerana kebanyakan penduduknya tidak bersetuju dengan cadangan itu dan merasakan ia adalah pembaziran. Berbeza dengan Rio yang menampilkan perpaduan di kalangan rakyat dan sokongan tidak berbelah bagi semua lapisan masyarakat, menjadikan Rio sebuah bandaraya yang patut dipilih untuk menjadi tuan rumah.

12. Kehadiran Sukan Komenwel 1998 telah mewujudkan Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil dan ia telah mencorakkan peta Kuala Lumpur dengan arkitektur yang sangat indah. Aku suka rekabentuk Stadium Nasional. Aku  juga suka jika ada banyak lagi stadium seperti itu dibina.

13. Secara sosialnya, kewujudan stadium dan kemudahan sukan di Kuala Lumpur mampu mencipta peningkatan dalam pelaburan kelengkapan bersukan di dalam negara. Ia mungkin bukan sahaja di kawasan pertandingan tetapi mampu direalisasikan kawasan di luar penganjuran. Malah ia juga mampu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.

14. Kerancakan pelaburan dalam sukan juga mungkin membawa peningkatan dalam sumbangan ekonomi negara. London 2012 menjangkakan unjuran KDNK dari tahun 2005 sehingga 2016 akan meningkat sekitar £1.9 bilion.

15. Kebanyakan bekas tuan rumah Olimpik misalnya, menggunakan acara mega seperti Olimpik atau Sukan Asia sebagai serampang dua mata. Selain mempromosikan bandaraya terbabit ke seluruh dunia ia juga bertujuan mengukuhkan ekonomi. Hal yang demikian juga boleh dijalankan semasa membida sebagai tuan rumah lagi. Sebagai contoh, Kota Los Angeles untuk Sukan Olimpik 1984, mensasarkan peningkatan hasil pelancongan dengan anggaran sekitar $350 juta manakala bandaraya Salt Lake (Olimpik Musim Sejuk 2002), semasa membida menjadi tuan rumah, sudah pun mensasarkan penjanaan ekonomi sekitar $900 juta untuk Amerika.

16. Ibu kota China yang baru sahaja menganjurkan Olimpik 2008 menyaksikan pelbagai perubahan dalam mencorakkan bandaraya Beijing.

17. Pelaburan dalam bidang alam sekitar yang menjadi kunci utama Olimpik 2008 telah meningkat dan ia dijangka akan terus berlaku sehingga 2015 sebagaimana dalam perancangan pembangunan bandaraya Beijing.

18. Peningkatan terhadap industri IT juga berlaku kesan dari Beijing 2008. Akibatnya, peningkatan terhadap permintaan pengguna internet di China menjangkau 221 juta orang. (Lee M. Sands)

19. Kehadiran Sukan Asia ke Kuala Lumpur sudah pasti memberi impak. Jika kita tidak dapat melihat kesan dan keuntungan secara kewangan atau kesan dalam masa terdekat, tetapi sekurang-kurangnya ada nilai secara tidak nampak yang mampu memberikan kesan positif kepada Kuala Lumpur, warga di dalamnya malah mampu memberi tempias yang baik kepada seluruh warga Malaysia dalam jangka masa panjang.

20. Aku sangat berharap usaha membida Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Asia 2019 menjadi kenyataan.

2 thoughts on “>Kuala Lumpur: Tuan Rumah Sukan Asia 2019?

  1. >en shahir…menurut OCA..asian games 2018 akan bertukar tahun ke 2019 iaitu setahun awal dari olympic 2020…malaysia berhasrat membida tun asian games 2019http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=463260

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s