>Mendengar kehidupan-kehidupan positif

>

1. Sejak tinggal di Kanagawa ini, khususnya di bandar Fujisawa ini, ada beberapa kelompok manusia datang mengetok pintu rumah kami.

2. Adakalanya, kami didatangi kumpulan pengiat agama Kristian kerana rumah kami memang dekat dengan gereja. Tetapi selalunya kami buat tidak pandai cakap Jepun untuk menyukarkan mereka berkomunikasi dan melupakan hasrat untuk datang ke rumah kami lagi.

3. Kadang-kala isteri telah bosan dengan kehadiran mereka (rata-rata mereka wanita kerana wanita selalunya duduk di rumah di siang hari), maka isteri pula memberitahu bahawa kami sudah ada kepercayaan sendiri dan agama sendiri. Mereka mungkin tertarik dengan kepercayaan beragama dengan adanya tuhan kerana rata-rata orang Jepun tidak beragama.

4. Selain mubaligh, kami juga didatangi oleh wanita-wanita yang mempromosikan persatuan bangun awal pagi dan berjumpa pada hari-hari tertentu sambil membicarakan dan meluahkan tentang kehidupan masing-masing.

5. Rasanya kami telah bosan dengan kehadiran mereka dan ajakan mereka, namun akhirnya kami mengalah. Aawal minggu ini, kami bersetuju untuk hadir ke majlis mereka. Pun begitu, majlis kali ini lebih besar nampaknya.

6.  Hari ini, kami pergi dengan jemputan berkereta.

7. Majlis dihadiri penduduk di sini, bandar Fujisawa. Selain persembahan Piano dan ucapan dato bandar, kami mendengar 7-8 orang bercerita pengalaman masing-masing tentang kehidupan mereka dan bagaimana menempuhinya.

8. Asasnya, majlis ini mempromosikan kehidupan sihat. Oleh kerana kebanyakan orang Jepun gemar mematikan kehidupan mereka dan menyelesaikan maslaah mereka dengan membunuh diri, maka usaha majlis ini memupuk kehidupan untuk menghargai diri sendiri dah insan sekeliling mereka.

9. Mungkin orang Jepun tiada agama, maka mereka tiada tempat untuk meluahkan masalah mereka. Kita mempunyai tuhan untuk mengadu dan kita mempunyai kepercayaan bahawa kita mempunyai kehidupan kekal di akhirat, maka kita lebih ‘bijak’ dan berhati-hati dalam menyusun kehidupan kita.

10. Orang-orang Jepun berjaya menwujudkan platfom ini sebagai medan mereka meluahkan perasaan dan dalam masa yang sama berkongsi pandangan dan masalah untuk kebaikan masing-masing.

11. Jika tidak ke platfom ini, mereka mungkin lebih gemar mendekati landasan keretapi.

akhir sekali dengarkan persembahan lagu tema filem Okuribito, filem yang memenangi Anugerah Filem Asing Terbaik di Oscar 2009.

4 thoughts on “>Mendengar kehidupan-kehidupan positif

  1. >dulu pun selalu jugak penggiat agama kristian dtg ke rumah.bila ckp tak pandai nihongo diorg ckp english..bila ckp tak pandai english…dia tunjuk buku yg ada bahasa melayu pulak..hmmm

  2. >sama juga gayanya kami. mula2 buat reason tak pandai nihongo, lepas tu tak pandai english, pastu dia bagi buku ada tulisan bahasa melayu/indonesia…last last zura dah malas, dia bg syarahan pulak.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s