>Warna musim gugur yang bakal ku rindui

>

Goshiki Shidare, originally uploaded by hairieusoff.

1. Ketika ini, daun sudah mula gugur. Di gigi jalan, hampir dilitupi daun-daun.

2. Ketika ini, kulit bagai tertusuk dengan dinginnya angin yang sering menyapa.

3. Beberapa minggu nan lalu, aku menghitung hari, bilakah daun maple yang hijau itu akan bertukar warna. Nah! Ia sudah pun bertukar. Dari hijau ia berpadu bersama kejinggaan. Akhirnya menjadi merah. Ia menukarkan wajah alam menjadi tompok-tompok warna pelbagai.

4. Di suatu sudut jalan, warna dedaunan Ginko (イチョウ : dibaca:Icho), sudah kekuningan. Terang sungguh warnanya menghiasi tepian jalan.

Ginko, originally uploaded by hairieusoff.

5. Semester lepas, aku ada kelas di kampus Hiyoshi (kampus ku bernama SFC). Di sana denai masuk ke laman kampsunya dibarisi pohon Ginko. Untuk penegetahuan kalian, kala itu aku baru mengenali nama pohon itu. Pohon Ginko. Teman dari Amerika yang memberitahunya.

6. Kali ini, aku tidak berkesempatan melihatnya. Hendak ke kmapus itu agak jauh juga. Bagaimana aku boleh memutuskan untuk berulang alik setiap minggu ketika itu pun aku tak tahu. Namun kesempatan kali ini tiada. Malangnya musim luruh kali ini adalah terakhir buatku sebelum aku pulang ke tanahair.

7. Warna-warna musim gugur sebegini, dengan harum anginnya, aku akan merinduinya. Aku pasti merinduinya.

4 thoughts on “>Warna musim gugur yang bakal ku rindui

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s