>Keputusan Pemeriksaan Kesihatan: Saya perlu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

>

1. 2 minggu lalu, saya membuat pemeriksaan kesihatan.

2. Saya sudah mendapat keputusannya yang dihantar melalui pos.

3. 2 perkara yang perlu saya ambil perhatian ialah Tekanan darah dan Kandungan Kolesterol.

Tekanan Darah:

4. Lazimnya kita mengetahui ada tekanan darah bawah dan tekanan bawah atas. Ia selalunya di ukur sebagai 120/80, sebagai contoh.

5. Secara saintifik ia diberi nama tekanan darah Sistolik (atas) dan tekanan darah Diastolok (bawah). Ukuran normalnya ialah kurang 120 (Sistolik) dan 80 untuk Diastolik.

6. Saya mendapat 146 mmHg untuk Sistolik dan 85mmHg untuk Diastolik. Tinggi? Ya tinggi tetapi sebenarnya untuk aras maksimum bagi memasuki kategori pra-hipertensi, ukurannya ialah 140 mmHg (Sistolik) dan 89 mmHG (Diastolik). Nampaknya saya telah memasuki kategori pra-hipertensi untuk Sistolik.

7. Jika saya tidak menurunkannya, saya bakal mendekati penyakit-penyakit berkaitan dengan kardio-vaskular, buah pinggang, serangan jantug dan angin ahmar.

Kolesterol

8. Saya di maklumkan kolesterol juga ada 2 kategori. iaitu HDL dan LDL.

9. HDL (high-density lipoprotein) sering kali kita ucapkan sebagai kolesterol baik dan LDL (low-density lipoprotein) pula, kita menyebutnya sebagai kolesterol tidak baik. punbegitu sebenarnya kita memerlukan kedua-duanya untuk tujuan tertentu cuma kita perlu memastikan nisbah kedua-dua kolesterol ini pada tahap rendah.

10.  Saya memperolehi HDL bersamaan 59mg/dl, manakala LDL ialah 156 mg/dl.

11. Aras normal seperti disarankan dalam keputusan pemeriksaan saya ialah 40-119 bagi HDL dan 70-139 bagi LDL. Nampaknya saya sudah pasti “kelebihan” dalam LDL.

12. Jika kalian mahu tahu, dalam menilai kolesterol ada 4 perkara perlu dikenalpasti.  1. HDL 2. LDL 3. Jumlah Kolesterol dan 4. Aras Lemak dalam badan. Berikut saya letakkan aras yang perlu diawasi:

Aras Jumlah Kolesterol Kategori
Kurang dari 200 mg/dL Aras sesuai bagi merendahkan risiko penyakit jantung
200 to 239 mg/dL Borderline tinggi
240 mg/dL dan ke atas Kolesterol darah tinggi. Mempunyai risiko 2 kali ganda untuk menghidapi penyakit jantung.

Aras Kolesterol HDL Kategori
Kurang dari 40 mg/dL
(lelaki)
Kurang dari 50 mg/dL
(wanita)
Kolesterol HDL Rendah. Risiko utama penyebab penyakit jantung
60 mg/dL and above Kolesterol HDL Tinggi. HDL dengan  60 mg/dL dan ke atas dianggap sebagai penghalang kepada penyakit jantung.

Aras Kolesterol LDL Kategori
Kurang dari 100 mg/dL Optimum
100 to 129 mg/dL Mendekati atau di atas optimum
130 to 159 mg/dL Borderline tinggi
160 to 189 mg/dL Tinggi
190 mg/dL dan ke atas Sangat Tinggi

Aras Lemak Kategori
Kurang dari 150 mg/dL Normal
150–199 mg/dL Borderline tinggi
200–499 mg/dL Tinggi
500 mg/dL dan ke atas Sangat Tinggi

13. Jagalah kesihatan anda.🙂

2 thoughts on “>Keputusan Pemeriksaan Kesihatan: Saya perlu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s