>Jus Sayur

>

Adia n Kagome 野菜生活, originally uploaded by hairieusoff.

1. Jika semasa kecil/bayi, kita mampu untuk memaksa anak agar memakan sayur.

2. Selalunya ibu-ibu akan menghancurkan sayur dalam makanan bayi dan dari situ anak-anak akan disuap dan mereka tidak mampu menolak makanan mereka.

3. Apabila sudah sedikit besar, anak-anak akan pandai mengajukan pandangan dan menegakkan keinginan serta perkara-perkara yang mereka tidak ingini.

4. Sayur misalnya, ia kerap kali menjadi perkara yang tidak disukai oleh anak-anak.

5. Pun begitu, apakah selamanya kita mahu menuruti kehendak mereka sedangkan ia khasiat yang sangat perlu di dalam tubuh mereka.

6. Anak HE, Adia, lidah dan deria rasanya sungguh tajam dengan sayur. Dia memang tidak mahu makan sayur. Walaupun sayur sudah dihancurkan atau sudah tidak kelihatan rupa sayurnya, namun dia mampu merasainya.

7. Jadi HE memberikannya jus sayur. Jus sayur itu pula sudah dicampur bersama buah-buahan. Jadi rasa buah mungkin lebih dominan berbanding sayur walaupun kandungan sayur lebih banyak dari buah-buahan.

8. Pada masa ini, permainan psikologi sangat penting. Adia sukakan warna Merah Jambu (pink), maka ada satu produk minuman jus sayur dengan campuran beberapa buah-buahan dari kalangan berwarna merah dengan Jenama Kagome menjadi pilihan HE untuk Adia.

9. Adia suka. Selain pembungkusan yang berwarna merah jambu, rasa sayurnya tidak begitu ketara berbanding buah-buahan.

10. Terdapat 10 jenis sayur-sayuran dan 9 jenis buah-buahan di dalam satu hidangan.

11. Nampaknya cara ini sahaja yang mampu HE paksa anak HE menelan sayur-sayuran. Jika tidak, setiap kali menjamah sayur, dia akan muntah.

2 thoughts on “>Jus Sayur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s