>Disneyland Shanghai pada 2014. Disneyland Malaysia?

>

1. Sebuah lagi taman tema terkenal Disney, Disneyland akan beroperasi di Asia Timur. Setelah Tokyo dan Hong Kong, kini Shanghai pula akan menjadi destinasi ketiga di Asia yang bakal beroperasi sekitar tahun 2014.

2. China, melalui pentadbiran kota Shanghai membuat perjanian dengan Disney dengan jumlah modal sekitar RMB 24 billion untuk merealisasikan dunia Disney hiburan itu di tanah besar China.

3. Diberitakan,  sebelum ini sebuah taman tema berkonsepkan ala Disney terbina di Beijing. Ia bukan sahaja menciplak karaktor Disney tetapi beberapa karaktor popular animasi Jepun seperti Hello Kitty, Doraemon dan Shrek. Justeru, taman tema ini berdepan dengan kontroversi dan saman dari beberapa pihak.

4. Sesuatu yang menarik tentang taman tema yang bernama Beijing Shinjingshan Amusment Park ini ialah tagline yang dilaungkannya “Disneyland terlalu jauh”. Mereka menyampaikan mesej keinginan rakyatnya mengunjungi taman tema seperti Disneyland tetapi selain jauh, ia juga mahal khususnya di Tokyo.

5. Maka kehadiran Disneyland di Shanghai bakal memberi pilihan kepada orang-orang China mahupun penduduk Asia lainnya, hiburan Disneyland di tiga tempat iaitu Tokyo, Hong Kong dan Shanghai.

6. Apa yang menariknya jarak antara Hong Kong dan Shanghai hanya sekitar 1229 km. Tokyo – Shanghai (1767km). Jika kita bandingkan Kuala Lumpur (sebagai contoh jika Disneyland mahu di bina di Malaysia, jarak KL – Hong Kong adalah sekitar 2508 km. Ia lebih jauh daripada Hong Kong – Shanghai.

7. Persoalannya, kenapakah tidak berdiri satu Disneyland rantau sebelah Asia Tenggara. Pasarannya sangat besar. Tambahan pula jaraknya lebih jauh dari Tokyo dan Hong Kong.

8. Pembangunan Wilayah Iskandar )iskandar Malaysia) sangat sesuai untuk membawa Disneyland tetapi nampaknya memilih Legoland.

9. Sesuatu yang menarik tentang Disneyland ialah, selain membawa hiburan ala alam Disney, ia sebenarnya sebuah promosi budaya. Budaya yang dimaksudkan ialah budaya Malaysia. Ini kerana di Tokyo Disneyland, sebagaimana HE biasa lihat, ia bukan sahaja menuruti acuan tempatan malah ia menyesuaikan karaktor Disney dengan budaya tempatan. misalnya pada awal tahun sambutan tahun baru menampilkan karaktor dengan berpakaian kimono. Selain itu, semasa musim panas, Di Jepun kebanyakannya meraikan perayaan Obon dengan tarian terkenal Bon odori. Di DisneySEA, sebuah taman tema Di Disney resort juga menampilkan persembahan karaktor menari tarian Bon odori.

10.  Mungkin ada berpandangan negara kita, sebuah negara Islam dan tertakluk dengan norma-norma tertentu. Pun begitu, HE berpandangan, kita boleh menyesuaikan taman tema ala Malaysia. Malah ia boleh menjadikan Disneyland versi Malaysia lebih unik.

11. Memandangkan Malaysia merupakan negara majmuk dan pelbagai perayaan, mungkin Disneyland Malasyia akan lebih banyak perayaan dalam setahun berbanding di tempat lain. Siapa dapat menyangka Mickey Mouse berbaju Melayu atau Minnie Mouse berbaju Kebaya, Sari dan Cheongsam.

12.  Ada juga pandangan bahawa cuaca Malaysia yang panas tidak sesuai dengan pembinaan Disneyland. HE kira pandangan itu sangat sempit kerana sewaktu musim panas di Jepunlah pengunjung taman tema Disney lebih ramai kerana cuti musim panas. Malah cuaca musim panas di Jepun ini, lebih panas dari di Malaysia. Di Jepun juga ada musim tengkujuh dan ada pakej-pakej tertentu disediakan untuk menarik pengunjung dan terdapat juga pengisian acara untuk hari hujan dibuat.

13. HE melihat teman tema Disney punya peminat sendiri. Mereka akan merantau setiap taman tema di seluruh dunia. Mereka akan membicarakan tentang taman tema ini dan mencari keunikannya. Ia sebahagian publisiti meningkatkan industri pelancongan negara. Malah ia memberikan satu mercu tanda dan pengenalan tentang Malaysia di mata dunia.

14.  Ingin sungguh HE melihat taman tema Disneyland di Malaysia. Jika Legoland sudah pasti terbina di Johor, mungkin ada kawasan lain mungkin berminat membawa Disneyland ke Malaysia.

15. Jika Disneyland mahu di bawa ke Malaysia, HE harap Melaka menjadi kawasannya. HE fikir , kepelbagaian warna di Melaka sangat sesuai untuk Disneyland ke Malaysia. Malah mungkin sesuai juga ke Melaka kerana telah biasa dengan tanah tebus guna sebagaimana di Tokyo. Memandangkan Singapore (Singapura) sudah pasti menjadi peta baru Universal Studio di Asia Tenggara, kehadiran Disneyland di Malaysia pasti menjadi pelengkap yang baik bagi pelancongan berbentuk hiburan sepertinya di rantau sebelah sini. Perbezaan jarak Singapura dan Melaka misalnya sekitar 200km manakala Singapura dengan kuala Lumpur kira-kira 300km sudah pasti sesuatu yang mampu meningkatkan industri pelancongan negara.

16. Jika ada harapan kita membawa Disneyland ke Malaysia, diharapkan Disneyland Malaysia mengambil model Tokyo berbanding Hong Kong.

17. Apakah mimpi ini menjadi nyata? Kita cuma mengharap. Semoga pentadbiran PM Najib lebih bijak dalam hal ini kerana semasa pentadbiran lalu, terserlah sungguh kelemahannya.

8 thoughts on “>Disneyland Shanghai pada 2014. Disneyland Malaysia?

  1. >disneyland harus dibina di malaysia kerana saya percaya ramai kanak2 malah golongan2 muda berangan2 utk ke disneyland tetapi memerlukan belanja yang besar,kalau di negara sendiri ianya sgt berpatutan malah boleh meraik ramai pengunjung dari luar negara lagi….tempat dia bagi saya lebih sesuai di sarawak kerana masih banyak tanah yang masih belum ditebus guna…hehehe….

  2. >Kebaikan Disneyland di Malaysia:–memberi peluang perkerjaan yg banyak untuk rakyat.-restaurant halal senang untuk pelancong muslim ini kerana disneyland di luar negara tidak menyediakan restaurant yg halal & mereka membuat polisi tiada makan luar dibenanrkan msk.psl cuaca panas tu perkara kecik je sbb ape yg saya dgr legoland akan menanam pokok disekeliling & dlm taman teman tema tersebut untuk keselesaan pelancong malah idea ini boleh digunakan juga untuk Disneyland di Malaysia.Saya berharap sangat Disneland akan membuka taman temanya dia Malaysia suatu hari nanti🙂

  3. Sy pny intel ada menyatakn pd ari ini (8 Okt 2012) Malaysia sudah 2 tahun merangka utk m’buka Disneyland Malaysia djangka d’buka di utara (maybe Langkawi or Penang) & hny mnggu approval PM utk d’beri budget. Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s