>Wajah-wajah Aidil Adha

>

Eid Adha Face, originally uploaded by hairieusoff.

 

1. Di sini tidak meriah sangat sambutan Hari Raya, tambahan pula jika Aidil Adha.

2. Pun begitu di kedutaan Besar Malaysia Tokyo ada sambutan juga, cumanya kami sekeluarga tidak dapat turut serta. Adia demam sejak semalam. Arisa mula selesema sejak semalam pula. Mamanya pula pagi ini mula demam.

3. Apa juga keadaannya, kami cuba memeriahkannya.

4. Di atas adalah wajah-wajah keindahan kami sempena Aidil Adha.

5. Kali ini adalah kali terakhir berRaya di perantauan. Sebuah pengorbanan selama tiga tahun.

Nasi Impit Kuah kacang, originally uploaded by hairieusoff.

 

6. Walaupun kurang meriah, juadah tetap ada untuk memeriahkannya. Ia masih belum terkorban. Isteri memasak Nasi impit dan Kuah Kacang. Ditambah pula dengan Nasi Daging dan Kurma Daging, berseri-seri wajah HE makan. Naik semula lah berat badan nampaknya.

7.  Sambil-sambil makan, aturcara disulami berborak secara maya dengan keluarga di Malaysia melalui YM. Nampaknya sudah rindu mereka dengan kami. Pastinya kami juga punya rasa yang sama.

8. Terasa diri ini berkorban kerana kehadiran di sini. Pemergian ke Jepun ini satu pengorbanan kerana untuk mendapatkan segulung ijazah di sini, merelakan diri dan pangkat di”statik”kan. Rakan-rakan sudah mendaki gred, sedangkan diri ini kekal pada tangga itu.

9. Kepada Sang isteri, terima kasih juga kerana “mengekal”kan status jawatan pada tangga yang sama. Berkorban pangkatnya dan masanya untuk sama-sama hadir di sini, sedangkan rakan lainnya sudah lebih tinggi pangkat mereka.

10. Kepada kedua ibu bapa dan adik beradik ku, terima kasih kerana berkorban rasa merelakan diri ini berada berjauhan sementara. Terima kasih semua atas pengorbanan kalian untuk diriku. Sentiasalah beringat, jika merasakan diri berkoban atau terkorban, ada insan di sisi kita berkorban demi kita.

2 thoughts on “>Wajah-wajah Aidil Adha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s