>

Donburi, originally uploaded by hairieusoff.

1. Pernah dengar apa itu Donburi?

2. Ia merupakan makanan di Jepun. Kata Donburi merujuk makanan khususnya nasi yang dihidang di dalam mangkuk (di Jepun berhati-hati menyebut perkataan Mangkuk) dan di atas nasi itu ada pelbagai lauk.

3. Lauknya boleh pelbagai. Ada pelbagai jenis Donburi. Antaranya yang popular seperti Oyakodon (lauk ikan dan telur), Tendon (lauk tempura selalunya sayuran dan ikan), Unadon (lauk belut) dan Katsudon (lauk gorengan selalunya dengan Daging khinzir).

4. Jika mahu makanan ringkas, HE selalunya ingin mencuba Donburi.

5. Beberapa hari lepas, isteri membuat Salmon-Don. Asasnya Daging ikan Salmon, Shirasu dan Ikura.

6. Salmon sudah semestinya mentah dan enak dimakan begitu sahaja seperti Sashimi. Shirasu merupakan ikan sardin kecil dan selalunya telah direbus terlebih dahulu. Ia seperti ikan bilis kecil. Ikura pula merupakan telur ikan Salmon.

7. Jika kalian penggemar makanan Jepun, boleh cuba makanan ini. Ia ringkas. Tetapi jika kalian masih belum berani mencuba sesuatu yang mentah. Kalian boleh cuba Tendon yang merupakan lauk pauk tempura atau gorengan sayuran atau ikan.

8. Arisa gemar makan Ikura. Kali pertama HE memberikan dia makan Ikura dia memang tidak menolak dan dia memang suka masin-masin rasanya itu.

9. Shirasu pula digemari Adia kerana ia seperti rasa ikan rebus kalau dimakan dengan banyak.

10. HE pula memang suka Salmon.

11. Di sini yang mudahnya, memang sudah ada terjual keping-kepingan Salmon atau sepotong belahan Salmon. Jadi kita boleh terus makan sebagai Sashimi atau dipotong-potong dahulu untuk makan sebagai Donburi.

12. Pasti HE akan rindu untuk makan ini dengan membuatnya sendiri. Di Malaysia nanti adakah mudah HE mendapatkan Salmon?