>

Universal Studio Japan, Osaka, originally uploaded by hairieusoff.

1. hari kedua di Osaka memang telah dijadualkan ke Universal Studio japan (USJ), Osaka. Ini adalah untuk Adia dan Arisa. Tetapi seperti mamanya yang nampak gembira.

2. Perjalanan dari Hostel ke stesen Universal City tidak lama. Kira-kira 10 minit.

3. Nampak sungguh keterujaan Adia apabila sampai ke kawasan itu.

4. Memasuki laman USJ menyaksikan orang ramai mengerumuni karaktor Woody Woodpacker. Adia dan mamanya tidak ketigalan. Arisa memerhati dengan pelik “benda” itu.

5. Asasnya, pemergian ke tempat seperti ini hanyamembiarkan Adia membuat apa yang diinginkan. Pun begitu keinginan Adia tidak tercapai. Adia mahu menaiki roller coster, Jurassic Park ride dan sebagainya namun, ketingian Adia tidak dibenarkan.

6. Kebanyakan ride di USJ menjurus kepada orang dewasa berbanding Disneyland. Jadi ada sedikit kecewa pada Adia.

7. Pun begitu kebanyakan persembahan di USJ begitu dekat dengan penonton, Anak-anak di ajak menyertai sebahagain persembahan. Adia tidak lepas peluang. Tambahan pula karaktor seperi Hello Kitty juga ada di USJ.

8. Pengakhiran hari di USJ dilakukan dengan menonton perarakan kereta berhias lampu dan itu menutup hari kedua dan lawatan ke Osaka.

9. Adia letih tetapi diwajahnya terpancar kegembiraan.